Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


AF8 : terbaru dari murai (Adira seperti juara, Daus pula menghiburkan)

Wednesday 26 May 2010 | 21:15:00 | 2 comment(s)


lagi satu berita dari laman web murai pasal AF8. jom baca! :)

KUALA LUMPUR, 26 MEI 2010: Biarpun Shahir telah diangkat sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF8), namun rata-rata pihak berpendapat bahawa kesemua finalis telah memberikan persembahan yang cukup mantap dan hebat pada malam kemuncak konsert final AF8 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu.

Malah ada yang berpendapat bahawa persembahan Adira sebenarnya lebih menonjol daripada Shahir sendiri. Malah, kalau berdasarkan pada persembhan yang ditonjolkannya pada malam itu, memang sewajarnyalah dia diangkat sebagai sang juara. Manakala, Daus pula adalah satu-satunya finalis yang berjaya menampilkan aksi dan persembahan yang paling menghiburkan pada malam itu.

Biarpun dilihat agak kurang menyerlah menerusi lagu Tiru Macam Saya dari Dato' Sheila Majid dalam persembahan yang pertama kerana kedengaran seperti semput dan tercungap-cungap sewaktu menyanyikna nada rendah , namun Adira ternyata berjaya bangkit semula dengan lagu Ku Ada Kamu dalam persembahannya yang kedua.

Diiringi sekumpulan koir kanak-kanak yang comel, Adira berjaya melontarkan vokalnya dengan begitu baik sekali. Lagu itu juga dilihat sangat kena dan bersesuaian sekali dengan vokal serta perwatakannya. Malah, ia juga mempunyai ciri-ciri lagu kemenangan sebagai seorang juara. Sayang sekali Adira tidak berkomunikasi dengan sekumpulan kanak-kanak tersbeut. Jika tidak, persembahannya mungkin akan nampak lebih cantik dan menarik lagi.

Begitupun, persembahan Daus ternyata lebih menghiburkan berbanding finali AF8 yang lain. Biarpun vokalnya kedengaran seperti vokal Yusri pada detik permulaan dia membawakan lagu Doktor Pakar Cinta, namun ramai yang akui bahawa ia adalah persembahan Daus yang terbaik di mana vokal dan aksi persembahannya dapat dilakukan dengan seimbang.

Malah, bukan itu saja, ramai penonton yang jatuh cinta bila Daus menyanyikan lagu Kenapa? menerusi persembahannya yang kedua. Pergerakan dan penyampaian lagunya yang nampak komikal itu menampakkan dia sangat comel. Malah, Daus bijak menggunakan ruang pentas yang begitu besar. Ia ditambah lagi dengan penampilan istimewa pelakon comel yang juga anak kepada Cikgu Fatimah Abu Bakat iaitu Sharifah Aryana. Sekali pandang, Daus dan Aryana tdiak ubah seperti pasangan kekasih.

Iwan yang mendendangkan lagu berhantu dari kumpulan Spider iaitu Relaku Pujuk menerusi persembahan pertama telah mempersembahkan lagu itu dengan cukup baik sekali beserta vokal dan sebutan yang cukup jelas. Vokalis Spider, Tam telah diundang sebagai penampilan istimewa. Sekali pandang gadingan mereka seperti abang dan adik kerana kedua-dua miliki wajah kacukan Cina.

Dalam persembahan yang kedua, Iwan muncul dengan barunya yang bertajuk VIP. Namun, kemunculan kedua Iwan sedikit mengecewakan kerana persembahan pertamanya lebih gah berbanding persembahan keduanya itu.

Walaupun seringkali menampilkan aksi dan gaya persmebahan yang sama, namun persembahan pertama Maulana menerusi lagu barunya bertajuk RSVP telah mendapat pujian daripada pengkritik. Sungguhpun, lagu ini adalah lagu yang dicipta khususnya untuknya sendiri, namun ada ketikanya vokal Maulana kedengaran seperti tidak jelas. Begitu juga dengan sebutannya, seolah-olah seperti dia terlupa lirik.

Maulan bagaimanapun muncul hebat apabila menyanyikan lagu baru dari Aizat iaitu Susun Silang Kata yang telah diubah susunan muziknya supaya kedengaran lebih jazzy. Nasib Maulana sama seperti Iwan yang mana kedua-dua mereka lebih kedengaran lebih hebat menyanyikan lagu orang lain. Hal ini terbukti sekali, apabila Maulana membawakan lagu ini lebih sedap berbanding Aizat.

Kemerduan dan kemantapan vokal Shahir sewaktu mendendangkan lagunya sendiri iaitu Kebahagian Dalam Perpisahan menerusi persembahan yang pertama begitu mempesonakan walaupun pengkritik tetap, Aznil Hj Nawawi mengkategorikan pakaian Shahir tidak seperti seorang bintang pada malam itu. Namun, Shahir tetap memukau sekalian penonton yang hadir di pada malam itu. Malah, biarpun ia adalah sebuah lagu baru, tetapi sudah kedengaran seperti lagu yang menjuarai carta radio tempatan.

Shahir terus gah apabila lagu Biru Mata Hitamku nyanyian asal Wings.Ternyata, Shahir mampu membuat lagu lama ini seperti lagu baru dengan cara nyanyian yang tersendiri. Elemen rock yang diselitkan dengan qasidah berjaya memberi kelainan terhadap lagu itu.

Apapun, kesemua finalis AF8 ini memang layak berada di tangga teratas kerana persembahan pada malam itu berjaya menambat hati penonton yang hadir begitu jua dengan penonton di rumah. Tahniah diucapkan kepada Shahir. Semoga terus sukses dan berjaya menyangkal pendapat ramai yang memanggil Shahir sebagai klon Mawi. Ingatlah pesanan Aznil supaya menjaga sorakan riang ini menjadi kekal dan jangan berubah menjadi sorakan yang mengecewakan.



Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.