Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


Designer Kesayangan Siti Nurhaliza

Friday, 28 May 2010 | 03:31:00 | 4 comment(s)



KUALA LUMPUR, 27 MAY 2010: Lembaran perjalanan dunia seni seorang insan bernama Dato' Siti Nurhaliza tidak akan lengkap jika tidak disokong oleh barisan pereka fesyen yang telah berjaya menyempurnakan penampilannya di atas pentas penuh gah.

Dari penampilan seorang gadis desa yang hanya menurut segala apa dipinta, perbezaan ketara itu nyata dapat dilihat kala ini. Ya, perubahan Siti meliputi 360 darjah.

Mungkin jawapannya ada pada sentuhan magik tiga pereka fesyen hebat, Radzuan Radzwill, Michael Ong dan Rizman Ruzaini yang telah banyak berbakti untuk menyerlahkan persona penyanyi tersohor berkenaan dari dulu hinggalah kini.

Sebagai menghargai jasa dan cetusan kretiviti penuh inspirasi 3 pereka berkenaan, Siti dengan kerjasama Primeworks Studios telah mengilhamkan sebuah program TV khas raya selama 60 minit untuk tatapan peminat Syawal nanti.

Diselang-selikan dengan santapan vokal penuh merdu daripada seleksi malar segar Siti, program TV yang menggunakan judul Stylista Siti itu bertambah berseri dengan penampilan istimewa 3 pereka fesyen berkenaan.

Di atas tiket yang sama, Siti telah membuka peluang kepada ketiga-tiga mereka untuk mempamerkan koleksi adi busana terbaru masing-masing eksklusif di hadapan peminat penyanyi nombor satu itu.

Siti muncul dengan persalinan kuntuman bunga mawar rekaan Radzuan sebagai laluan penghormatan terdahulu kepada pereka fesyen yang pernah menyerikan penampilannya ketika mendendangkan lagu Destinasi Cinta Anugerah Juara Lagu ke-22.

Diikuti dengan pembabitan Michael Ong sebagai pereka fesyen yang telah menyerlahkan susuk tubuh bak sri kandi Melayu kala menyanyikan lagu Cindai dan Balqis pada pertandingan serupa tidak lama dulu.

Semakin selesa dengan persalinan rekaan Michael, Siti terus menanamkan kepercayaannya dengan membawa kredibiliti pereka berkenaan ke kota London bagi memperhebatkan sensasi pentas konsertnya di Albert Hall.

"Kalau nak tahu sama ada Siti suka atau tidak dengan rekaan saya, senang saja. Selalunya dia akan catwalk dan pusing beberapa kali. Dan kalau dia tak suka, dia akan akan pakai dan senyap saja. Itulah Siti," kata Micheal berceritakan serba sedikit pengalamannya.

Tidak ketinggalan penampilan segmen khas daripada pereka duo Rizman Ruzaini yang telah buat pertama kalinya diberi peluang menyarungkan pelantun suara persis bidadari itu kala berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008.

Busana merah jambu dari tenunan songket itu nampaknya telah membuka mata Siti untuk terus setia bersama Rizman Ruzaini sehingga hari ini. Kombinasi mereka ibarat irama dan lagu tak mudah dipisahkan.

Stylistika Siti bakal ditayangkan pada minggu pertama Aidilfitri di TV3. Selain Siti, turut ditampilkan Noh dari kumpulan Hujan sebagai undangan istimewa rancangan berkenaan.



Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.