Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


hatiku terusik dengan kehadiran dia tp..

Sunday 9 May 2010 | 23:32:00 | 0 comment(s)

tetiba malam ni nak beremosi sikit. eh skit ke banyak? haha. da lama sebenarnya nak post entri ni, tp tertangguh sebab nk tunggu masa yang sesuai. eceh. tp sekarang, da tak tertahan da. so, nk lepaskan segalanya di blog kesayanganku ni. ;p. nak story morry pasal kisah saya yang lalu. yang bagi saya ianya kenangan paling manis dan paling pahit dalam hidup saya.

aku mengenali F melalui sahabat aku, H. pada mulanya aku tidak la rapat dengan F ni, tp selepas aku clash dgn H, aku mula rapat dengannya. dsbbkan aku terluka dengan apa yang H buat, F menghulurkan tangan. dia memujuk aku, sentiasa berada di belakang aku, menggembirakan aku. aku terhibur. selepas bbrapa bulan, F meminta aku menjadi gf nye. katanya, dia da lama syg kat aku, cuma dia tak berani. selepas aku clash dgn H, barulah dia memulakan langkah. aku terima juga walaupun masih ada lagi sisa sayang aku kat H. aku butakan mata, butakan hati, terima keikhlasan F. namun, semua itu tidak lama. kasih bertaut hanya sekejap. ntah di mana silapnya, F meminta putus dariku. aku tertanya2, tanpa sebab yang munasabah, dia meninggalkan aku. aku berduka lagi sekali.

F menghilangkan diri. aku rasa sungguh sedih. cuba meminta jawapan, namun jawapan yang aku terima menghampakan. beberapa bulan kemudian, F menghubungiku lagi. aku gembira kerana F sudi menghulurkan persahabatan kembali. bagi aku walaupun kitorang pernah putus dlu, pe salahnya kitorang berkawan. setiap hari kami berhubung. tidak pernah bosan atau jemu. semakin lama kami bersahabat, aku merasakan bahawa de hikmahnya hubungan kitorang begini. aku rasakan yang kitorang lebih sesuai menjadi kawan daripada menjadi pasangan kekasih. hubungan kitorang menjadi lebih erat.

tp, sekali lagi, kebahagiaan yang aku rasakan hanya sementara. aku diuji sekali lagi apabila dia ingin memutuskan persahabatan yang sangat erat itu. aku menangis kerana aku terasa dikhianati. dia menghina aku. sungguh, aku terasa sangat marah. puas aku memujuk, namun aku dimarahi. malam tu, aku menangis teruk. aku tak boleh tidur. cuba memejamkan mata, mengharapkan bila bangun esoknya, ianya hanya mimpi semata.

aku cuba melupakan dia, tp makin aku cuba, makin sukar. ternyata aku sukar melupakan dia. aku kata benci, tp hati aku kata sayang. aku da syg dia sangat. sepanjang persahabatan kami, aku tak tau bila aku mula menyayangi dia. dia lelaki yang buat aku terasa sangat dihargai. selalu berada di sisi aku ketika aku susah dan senang. ye, aku sangat menyenanginya.

aku mengadu dgn kawan aku. tp dia juga turut dimarahi F kerana mencampuri urusan aku dan dia. salah ke aku mengadu? kejamnya kau F. aku cuba ubati hati yang makin terluka ni. cuba membenci tapi, aku tak mampu. ingatan terhadap dia sangat kuat. aku selalu mengharap yang dia kan menghubungiku lagi sekali. aku akan memaafkannya. begitu mudah kan?

ternyata, harapanku menjadi kenyataan bila F menghubungiku kembali. walaupun no tu aku tak kenali, dengan hanya 'hai . .' je, aku yakin itu dia. hanya dia seorang sahaja yang mempunyai gaya msg macam tu. tp aku tak nak berapa yakin, takut aku kecewa bila orang itu bukanlah dia. esoknya, aku membalas. betul lah, tu mmg dia. aku sangat gembira. dia meminta maaf. aku kata aku maafkan. aku da lama lupakan. disebabkan aku tak nak kisah lama berulang lagi, aku tekadkan hati untuk tidak rapat dengan F lagi. bila dia msg, baru aku akan balas. itu pon, kdg2 je. mne perlu je aku reply. aku takkan menghantar msg dlu. biar la cuma dia.

aku tidak mampu mengeraskan hati aku bila F setiap hari, setiap masa send msg kat aku. sentiasa tanya khabar aku. tak kira dia sibuk dengan kerjanya, dia tetap menghubungiku. aku cair. ternyata sayang itu masih ada. F meletakkan aku di tmpt 3 dalam senarai kawan baik dia. dia kata, dia syg aku sangat. aku pon sayang dia. suatu hari, F memberitahu ttg seorang gadis yang menarik hatinya. aku cemburu dengna gadis itu. hubungan aku dgn F tidak seperti dulu. aku marah, kerana F hanya memberikan masanya kat gf nye. bkn lagi kat aku. aku mengadu, aku cakap aku cemburu. bila dia bertanya kenapa perlu aku rasa macam tu, aku serba salah. dalam berat hati, aku cakap yang aku sayang dia. pe yang dia fikirkan betul, yang aku sayang dia lebih dari kawan. tp aku menafikan. dia percaya kot. aku hanya memendam perasaan bila dia selalu bercerita ttg gfnye.

knangan yang aku tak boleh lupakan, waktu aku dmm. pg tu, aku da rasa tak selesa. macam biasa, sebelum aku g kelas, kul 730am, dia akan menghantar msg. aku ckp aku tak sihat. kata dia, dia risau. suruh berehat je, tak perlu g kelas. tp aku bertegas, takut terlepas pelajaran. lagipun aku larat lagi. tp kul 1200pm, aku da tak larat. aku rasa nak muntah. aku htr msg kat F. kepala aku pening. F sangat risau. dia suruh aku g klinik skrg, tp kalau nak g klinik kena slps kul 2. abis je klas, aku g HEP, uruskan untuk g klinik. balik je dari klinik, aku makan ubat. terus tidur. dia telefon aku selepas itu. aku cuba menjawab panggilan dia. aku sangat lemah time tu. ttbe aku menangis bila dengar suara dia. pertama kali aku menangis di hadapan lelaki wlupon hanya di panggilan je. dia tak nak aku menangis, pujuk aku. dia kata dia lemah bila perempuan menangis. tangisan aku reda. dia suruh aku sambung berehat. dmm aku agk lama. 4 hari lepas tu, baru kebah. setiap hari ia bertanyakan kesihatan aku. setiap masa, pagi, tghari, ptg , mlm. memastikan aku makan ubat dan berehat. aku terharu sgt. sayang aku terhadap dia makin kuat.

cuma, lepas pe yang berlaku, dengan sikap dia yang tidak serius dalam berkawan membuatkan aku berhati2. aku da menjangkakan bahawa hub kitorang takkan lama. ye, 2 bulan selepas itu, dia senyap tanpa berita. puas aku menghubunginya. tp senyap. dia menjauhkan diri. aku da menjangkakan awl2, so aku tak sedih sangat. ttbe, bbrpa bulan lepas tu, dia menghantar msg kepadaku. aku marah, sebab dia mempermainkan aku. rupanya, dia mencari aku bila dia bosan je. bila tak, dia hilang. aku cuba kawal kesedihan aku. aku sangat kecewa sbb dia tak menghargai langsung apa yang aku buat kat dia. persahabatan kitorang. rupanya selama ni, dia hanya berpura2. dsbbkan kesalahan dia teramat besar untuk aku, aku takkan maafkan dia.


F, kau lelaki yang terbaik yang pernah aku jumpa. dan kau jugak lelaki terjahat yang pernah aku jumpa. kau hanya pentingkan diri. mempergunakan aku demi kepentingan diri. takkan ada maaf untukmu F.


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.