Ka-ching Ka-ching! Hello There! Shout To Me No Harsh words allowed here. Thank You Big Thanks
|
Kulit pon boleh stress?
Friday, 28 May 2010 | 02:02:00 | 3 comment(s)
Sedang mengemas bilik hari itu, terjumpa artikel di sebuah majalah ini. so, ingin berkongsi sedikit la dengan korang. Kulit pun boleh jadi stress. so, apakah penyebabnya?
1. minyak minyak di T - zone pasti menjadi masalah utama. Kulit adalah bahagian yang banyak mengeluarkan minyak lebih - lebih lagi jika usia meningkat dewasa. Ini terjadi disebabkan kulit 'stress.' Jika tidak dirawat, minyak di kulit boleh menyebabkan masalah jerawat dan wajah jadi berminyak. 2. Rosacea Pipi yang semulajadi merah memang cantik bila dipandang, tetapi kalau ianya disebabkan jerawat, ia pasti mengecewakan. Rosacea adalah sejenis jerawat yang tumbuh pada gadis berusia 20 - an dan biasanya berwarna kemerah - merahan, membengkak dengan bintik - bintik merah yang menandakan pembuluh darah telah pecah. Masalah kulit stress, pengambilan alkohol, makanan pedas, dan kafein adalah penyebab jerawat ini tumbuh merata di wajah. 3. Jerawat Saat menginjak ke akil baligh, jerawat akan mudah tumbuh jika penjagaan wajah tidak sesuai. 4. Noda putih Cahaya matahari bukan sahaja menyebabkan kulit tidak seimbang, malah boleh merosakkan sel kulit yang boleh mengakibatkan noda atau bintik - bintik putih pada wajah. Noda ini akan mudah kelihatan pada kulit yang cerah. 5. Terlalu sensitif Selain semulajadi, kulit sensitif berlaku disebabkan oleh kitaran udara atau salah memilih kosmetik yang sesuai untuk kulit. Oleh itu, jangan cuba menggunakan sebarang ubat untuk perawatan kulit. 6. Garis kedut Umur semakin meningkat dan tanpa disedari, kedut di wajah mula timbul. Kita mungkin tidak mampu mengahalang kulit daripada berkedut, tapi kita boleh mencuba melambatkan proses kedutan ini. 7. Dehidrasi Walaupun sering menggunakan pelembap, tetapi kulit juga boleh menjadi kering. Ini berlaku disebabkan terlalu lama di tempat yang berhawa dingin, udara kering (terlalu panas), kurang minum air, kurang makan sayur - sayuran dan buah - buahan. |