Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


10 Sikap 'Terlalu' Harus Dihindari Dalam Perhubungan

Sunday, 20 June 2010 | 23:12:00 | 6 comment(s)

Sikap terlalu ini sangat berbahaya dalam perhubungan. Sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin boleh menjejaskan dan menyebabkan pertengkaran dalam sesuatu perhubungan. 10 terlalu yang perlu dielakkan ini ialah:

1. Terlalu manja
Sifat manja wanita sering dikaitkan sebagai daya tarikan tersendiri. Kebanyakan lelaki menyukai kemanjaan kekasihnya kerana ia dapat membangkitkan sifat melindunginya. Namun janganlah terlebih manja. Wanita yang terlalu manja kelihatan seperti anak kecil yang mengada - ngada.

2. Terlalu tertutup
Komunikasi sangat penting bagi menjaga keharmonian setiap perhubungan. Baik lelaki mahupun wanita ingin mengetahui pengalaman, perasaan dan keinginan pasangannya.

3. Terlalu terbuka
Orang yang bersikap terbuka biasanya menyenangkan dan mesra. Namun, sikap yang terlalu terbuka kadangkala tidak menyenangkan. Orang yang begini biasanya meluahkan isi hatinya tanpa melihat situasi dan keadaan, sukar menyimpan rahsia dan yang lebih buruk adalah kebiasaannya berbicara dulu, berfikir kemudian serta melampau had sempadan.

4. Terlalu cerewet
Ada sebahagian wanita kurang menyedari betapa buruknya wanita yang terlalu cerewet. Jika seorang ibu cerewet kepada anaknya yang masih kecil mungkin masih dapat memaafkan. Namun cerewet kepada kekasih amat menyesakkan meskipun dengan alasan 'aku sayang padamu.'

5. Terlalu sensitif
Wanita yang terlalu terasa atau sensitif akan membuat kekasihnya berasa tidak bebas untuk mengungkapkan perasaannya kerana takut melukai hatinya. Padahal dalam hubungan cinta yang sihat, kedua - dua belah pihak seharusnya saling meluahkan perasaannya dengan bebas. Kadangkala gurauan juga dapat mengguris perasaan wanita yang terlalu sensitif sehingga pasangannya tiada mood untuk berjenaka bagi menceriakan suasana.

6. Terlalu mengongkong
Lelaki memerlukan kebebasan atau ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya, untuk bergaul dengan teman - temannya, dan untuk menjadi dirinya sendiri. Jika wanita terlalu mengongkong, mungkin untuk sementara pasangannya dapat bertahan atau memahaminya, namun tidak untuk jangka panjang. Dia akhirnya akan bosan dan memberontak sehingga boleh menjejaskan perhubungan.

7. Terlalu memperlekeh
Lelaki tidak menyukai wanita yang tidak menghargainya apatah lagi memperlekehkannya. Wanita perlu bersikap bijak untuk tidak membuat lelaki merasa direndahkan sama ada dari sikap mahupun ucapan yang dituturkan. Bila kamu hendak mengubah kekasih kamu yang banyak kelemahannya, kamu perlulah mendorongnya untuk berubah sedikit demi sedikit dengan cara yang sewajarnya iaitu tidak memperlekehkannya.

8. Terlalu memiliki
Tidak ada seorang pun yang betul - betul ingin dimiliki orang lain. Memang dia kekasih kamu, tapi bukan milik peribadi kamu. Jadi biarkan dia juga dimiliki dirinya sendiri, teman - temannya, keluarganya dan orang lain.

9. Terlalu menyanjungi
Kebiasaan memuji dan saling menghargai memang perlu. Selain untuk merapatkan hubungan, ia juga penting untuk meningkatkan rasa percaya diri kekasih kamu. Tetapi kalau kamu sering menyogoknya dengan pujian dan sanjungan, kamu bukan sahaja merosakkan erti sebenar pujian itu tetapi juga membuat si dia berasa bosan. Dia juga mengganggap kamu tidak ikhlas.

10. Terlalu menuntut
Meskipun lelaki perlu disuntik semangatnya, namun terlalu menuntut bukanlah cara yang baik. Lelaki juga ada had kesabarannya dalam melayan kerenah pasangannya yang terlalu menuntut itu dan ini. Lama kelamaan dia akan menjadi bosan dan tidak mahu lagi menurut kehendak pasangannya.


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.