Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


6 days 5 nights at sabah was awesome: day 1- belum apa apa lagi sudah excited?

Friday, 11 June 2010 | 10:20:00 | 1 comment(s)

wah! sudah lama rasanya aku tak bercuti jauh. biasa kalau cuti je, balik kampung. tak pun duk rumah. mana lagi nak pergi kan. huu. but, cuti sem ni, aku berpeluang menjelajah jauh. walaupun aku teringin sangat nak ke oversea, but okay la kan dapat bercuti ke sabah. feel very very excited la! memang tak sabar nak pergi. packing last last minute macam biasa la kan. no need to hurry. haha. flight pukul 2.45 pm. naik air asia je. nak naik mas, tak termampu den. hehe. 1 rombongan pergi, ramai - mak, aku, ecah (adik), ayah we, mak we, iwan (adik saudara), opah, opah cu, pak cik mat (pekerja ayah) & Mak Cik Sharifah (isteri Pak Cik Mat). ayah aku dah awal awal ada kat sana. before bertolak tu, kenalah make sure semua barang dah packing belum kan.

*pakaian + barang mandi + aksesori - check!
*kamera - check! (sangat penting, tak bawa kuranglah bergambar. hehe)
*ic - check! (kalau tertinggal, habislah)

nasib baiklah ada pak long untuk hantar kitorang pergi LCCT. bertolak seawal 10 pagi dengan dua kereta. sampai lebih kurang 11.30 pagi (kalau tak silap). so, aku, ecah dan mak masing masing 1 beg roda. beg opah, ayah dah bawa dulu. so, ringanlah sedikit. time nak angkat barang barang nilah dari kereta, sesuatu kejadian tak diingini berlaku. sedang aku nak ambil beg tu, seluar aku tersangkut. tiba tiba 'sreeet'! aku dah risau. harap harap lah bukan seperti yang aku bayangkan. aku segera memandang seluar jean yang aku pakai. tengok tengok, nah! terkoyak kau kat lutut. tak besar mana. tapi, kalau dibiarkan, tak tahulah kan kot kot boleh terkoyak besar. adeh! macam mana ni? malu kot aku kalau orang perasan. time tu, memang macam nak menangis je. belum apa apa lagi sudah excited. huu.

kaunter bukak lambat. so, de yang pergi makan mcD dulu. aku dan ecah duduk je. mak dengan pak cik mat tunggu kat kaunter. dah selesai daftar, kitorang masuk balai pelepasan. lamanya nak tunggu. dalam hati ni, cemas, berdebar lah jugak. risau sebab dah lama tak naik flight. last aku naik, tak silap darjah 4. kalau macam tu, dah 10 tahun la. janganlah tiba tiba aku pening rasa nak muntah sudah. pukul 2.00 petang, kami diberitahu flight will be delayed until pukul 2.30 petang baru flight dari kuching sampai sebab ada masalah teknikal. nasib baiklah tak lama. tapi lama menunggu tu adalah. boring, mengantuk semua ada. 2.50 petang baru kitorang naik flight. aku teringin nak merasai seperti mana dalam novel manisnya cinta, smooth je pilot bawa. tp, tak lah. biarlah. sampai di awan biru, aku bertenang sebaik mungkin. alhamdulillah, tak ada loya apa apa. bila naik flight, sudah tentu mata aku ni nak mencuci. hehehe. orang kata pramugara ensem. tp aku tengok tak de lah sangat. but, pramugara chinese tu boleh tahanlah.

sampai je kat kota kinabalu, hujan lebat. turun je dari pesawat, kami dibekalkan dengan payung. kami disambut dengan ayah yang katanya dah tunggu lama. huu. bertolak dengan dua kereta. kitorang naik kereta perdana ayah, yang lain naik dengan pekerja ayah (pak cik Roy). dekat je dengan kawasan rumah sewa ayah. tapi, jalan petang tu jam sedikit. dahlah hujan. kawasan perumahan rumah sewa ayah agak cantik. semua rumah tak berpagar. 3 tingkat. sebulan RM300 je. uncle cina yang sewa rumah tu kat ayah sangat baik. sebab bukan je sewa murah, kereta pun bagi guna. so, mudahlah sedikit.

masing masing kepenatan. so, malam tu tak keluar ke mana. seawal pukul 10, masing masing dah nak masuk tidur. ala, awal lagi ni. kalau kat rumah, tidur lewat pun tak pe. tapi disebabkan masa waktu solat sana lebih cepat dari sini, matahari pun cepat naik, so kenalah tidur awal. subuh pukul 4.40 pagi. ala, malasnya nak bangun seawal itu. aku cuba tidur tapi mata ni susah sangat nak pejam. golek golek sana, golek golek sini, tak dapat lelap jugak. entah pukul berapa terlelap. tapi pukul 1.30 pagi, aku terjaga. nak sambung tidur, susah betul. setiap setengah jam aku terjaga. aku bangun pagi esoknya dengan rasa yang sangat mengantuk dan pening kepala.

while waiting *ignore my ugly face*

Danang Villa. *di sinilah kami tinggal* :)

rumah teres 3 tingkat ayah

*will be continued... - 6 days 5 nights at sabah was awesome : day 2



Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.