Ka-ching Ka-ching! Hello There! Shout To Me No Harsh words allowed here. Thank You Big Thanks
|
6 days 5 nights at sabah was awesome: day 2 - melihat puncak gunung kinabalu
Saturday, 12 June 2010 | 08:20:00 | 4 comment(s)
tidur yang tak cukup menyebabkan aku malas betul nak bangun pagi. tapi memandangkan dah pukul 5.30 pagi. and waktu subuh di sana pun nak habis, aku kena bangun juga. lagipun, pagi itu kami akan bertolak awal sebab nak tengok puncak gunung kinabalu. tak dapat mendaki, tengok puncak pun jadilah. hehe. terlewat bertolak dari yang dirancang, 7.45 pagi bertolak dengan dua buah kenderaan land cruiser yang dipandu pekerja ayah (pak cik Roy dan pak cik Z), sampai dalam 9.00 pagi. sampai sahaja di sana, kabus sudah pun menutupi puncak gunung KK. agak kehampaan, namun hampa itu hilang bila jam 9.20 pagi, kabus sudah bergerak. nah, akhirnya kami berpeluang melihat puncak gunung KK. cantik betul pemandangan di sana. dah berpeluang jejak kaki, pasti lah tak lepaskan peluang untuk bergambar. :) 9.45 pagi, kami bergerak ke tempat seterusnya, tempat untuk mendaki gunung KK. aku sempat mengambil beberapa gambar sebab tak ada apa sangat di sana. next, kitorang dibawa ke kolam air panas. bukan untuk berendam pun, saja melawat tempat baru. ramai juga di sana. kitorang bawa bekal, sempat juga berpicnik. then, aku tak ingat pulak nama tempat tu. tapi kat sana ada perkhidmatan rawatan kaki. yang guna ikan tu. tapi, kat sana ikan besar besar. aku tak masuk pun sebab geli ar. besar ikan dia. kalau yang aku jumpa, biasa kecil je. eii, geli geli. dah berpenat berjalan, jam pun hampir pukul 1.00 tengahari, perut pun dah tentu berbunyi. singgah sekejap di kedai makan kat ranau. service sangat bad. makanan tak sedap sangat, tapi aku habis je. haha. air sangat lambat sampai. aku bengang bila aku pesan air teh ais tapi bagi air teh o ais. aku tak minumlah air tu. minta tukar, tak juga dihantar. hantar pulak ke meja orang lain. bengang tak bengang. dengan berat hati, aku minum je lah. blueek! tak suka. haish... perjalanan yang lama membosankan aku. aku dah tak selesa dah. tapi, peluang ni takkan aku nak biarkan je. entah bila lagi aku akan ke sana. berpeluang lagi atau tak. perjalanan balik stop sekejap di pasar sayur. buat apa kat sana? mestilah beli sayur. huhu. tapi tak banyak macam cameron lah. dah sampai bandar KK, pergi lagi pasar. nak beli ikan, barang dapur. aku dan ecah duduk saja dalam kereta. malas nak turun. dah penat. dah pergi pasar sayur, pasar kering, lepas ni pasar malam pulak. rambang mata tengok aksesori mutiara, kristal, cantik. tapi aku tengok je. tak ada mood untuk beli. melihat saja mereka membeli. balik dari pasar, tak nak lepaskan peluang, ayah bawa kitorang pergi makan kat 'Open - Air Steamboat BBQ Restaurant.' istimewa giler tempat tu. sebab selain dari tempat yang cantik, sambil makan kitorang boleh tengok persembahan tarian 1 Malaysia. tapi ada masanya. hanya dari 7.30 - 8.30 malam je. service memang 100% terbaik bagi aku lah. memang best lah dengan suasana yang suram, dengan hujannya, ala ala romantik gitu. makanan, sedap! kenyang pun, aku tetap lagi isi perut ni. haha. aku yang tak suka makan siput cuba juga rasa. tapi bukan yang dari kulit siput tu. yang ni jenis lain. kulit dia macam kerang. isi macam bebola. masak sweet sour, mana aku tak cuba. hehe. melantak habislah dengan ketam tepung, udang, ikan. tambah lagi dengan dessert, puding kelapa. aku tak suka makan apa - apa berkaitan kelapa sebenarnya. cubalah jugak rasa. wah, sedap kot! aku tambah semangkuk lagi. haha. memang sedap. manis je. 8.30 malam, kami balik. sebab aku pun tak sabar nak tengok diariku.. shahir pukul 10.00 malam. hei, i'm his biggest fans, you know! ♥♥ ;). pukul 8.50 malam, sampailah rumah. pukul 10.00 malam, aku dah terpacak depan tv, menonton pelajar AF kesayanganku ini. hehehe. 14 jam berjalan - jalan, penat betul rasanya. malam tu, aku dapat tidur dengan mudahnya. :) opah and pak cik Mat
from left: mak cik Sharifah, opah, mak we, iwankabus da bergerak. dah boleh nampak puncak Gunung Kinabalu =)from left: Mak Cik Sharifah, ayah, Pak Cik Mat, Pak Cik Royberlatar belakang puncak Gunung Kinabalu *notakaki: more pictures will be upload later. *will be continued - 6 days 5 nights at sabah was awesome: day 3 ... |