Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


6 days 5 nights at sabah was awesome: day 5 - tak cukup borong, singgah pasar lagi

Wednesday, 16 June 2010 | 12:20:00 | 2 comment(s)

pusing pusing di bandar Labuan sebelum balik tengahari tu. sempat singgah di Muzium Marin. free je. tengok habitat laut. seronok jugak. huu. lepas tu, pergi Taman Burung. tapi, tak masuk pun. malaslah. ambil gambar luar saja. then, pergi muzium Chimney. kecil saja pun. tak ada apa apa kat sana. cuma terowong arang batu. dah berjalan. masa untuk balik. naik bot laju jugak. pergi sedikit barang. balik, nah kau, banyak. haha. sampai Kota Kinabalu pukul 2.00 petang. singgah balik Pasar. nak beli ikan kering untuk bawa balik. pukul 3 petang sampai rumah. lepas makan, terus tidur. haih, mana tak gemuk. huhu.

malam, pergi pasar lagi. nak tengok tengok gelang. tapi hujan sangat lebat. dari petang sampai malam. nasib baik pukul 8 malam tu dah berhenti. kebetulan, jiran rumah sebelah ada buat party birthday untuk anak dia. tapi tak pergi pun. sebab nak pergi pasar. demi tak menghampakan tuan rumah yang beria ia, cuma opah, opah chu, ayah we dengan pak cik Mat saja yang pergi. ingatkan Pak Cik Roy awal sampai. kalau tahu, boleh aku join party tu sama. hehe.
borong lagi kat pasar malam. cari t-shirt yang berkenan, tak jumpa sebelum ni. nasib baik kat pasar ada design comel. ;). 1 t-shirt RM28. 2 t-shirt RM40. jimat RM16. okaylah. pukul 10 malam, balik. solat, terus tidur.

muzium marin, Labuan

belut. besar gila kan?
udang karak
antara aktiviti yang diadakan.
2 belut yang sangat besar *eew, geli*
rangka ikan paus
Taman Burung Labuan
muzium Chimney

will be continued : 6 days 5 nights at sabah was awesome - day 6 ...


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.