Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


ada apa dengan susu?

Tuesday 1 June 2010 | 23:57:00 | 2 comment(s)


susu itu milk. milk itu susu. fhm da murid murid? hehe. tak lepas jd cikgu ni. ;p. ok la, jumpa lagi artikel best utk dikongsi dengan blogger semua. korang suka minum susu tak? dulu aku tak suka. susu soya tu aku suka la. and aku suka makan honey star dgn susu. haha. tp sekarang boleh la kira suka. favourite aku, dutch lady coklat dan anlene. hee. sedap. yg dlm kotak tu. pe ntah nama dia. rasa macam vanilla. :). susu apa yg korang suka? mostly, orang akan minum je tanpa tahu pon jenis2 susu tu. belasah je, asal minum eh. huhu. so, apa lagi. nak kongsi mengongsi la pasal susu ni bak kata orang, sharing is caring. i share, i care. haha.

Kenali Jenis Susu:

1. UHT (Ultra High Temperature)
Susu yang dipanaskan dalam (>140 Celcius) dan terus dimasukkan ke dalam pembungkusan kedap udara kerana susu jenis ini memang tidak boleh terdedah kepada udara. Susu ini dapat disimpan dalam tempoh yang lama. Tapi, kalau sudah dibuka, ianya mampu bertahan satu hari sahaja. Lebih dari itu, kandungan gizinya sudah hilang.

2. Full Cream (penuh krim)
Susu yang mengandungi lemak tinggi (>4%) dan vitamin A, D, B2 dan zat besi.

3. Low Fat (rendah lemak)
Kandungan lemaknya hanya setengah daripada susu full cream.

4. Susu Pasteur
Susu yang dipanaskan dengan suhu 65 darjah Celcius hingga 80 darjah Celcius selama 15 minit untuk membunuh bakteria.

5. Skim
Kandungan lemaknya kurang daripada 1%. Sesuai bagi mereka yang berdiet.

6. Susu Pekat Manis
Susu yang diberi pemanis tambahan dan aroma. Biasanya digunakan sebagai campuran untuk membuat kuih atau kek.

Tak suka minum susu? Boleh je gantikannya dengan produk tenusu yang sesuai dengan keperluan. Tapi, jangan terlalu berlebihan, bahaya!

Diet dengan Prouk Susu:

1. Ais Krim
Ais Krim merupakan susu yang ditambah lemak susu atau lemak nabati dengan krim. Untuk rasa yang lebih sedap, ianya ditambah dengan gula dan aneka rasa. Ada juga ais krim tanpa sebarang perisa tambahan.

2. Mentega
Kandungan utama mentega adalah lemak susu (susu yang ditambah krim). mentega juga mengandungi omega 3. Berbanding marjerin, mentega mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah. Merujuk kepada kajian perubatan Harvard, dengan memakan marjerin, boleh meningkatkan penyakit jantung sebanyak 53% berbanding pengambilan mentega dalam jumlah yang sama. Sebab itu, pengambilan mentega sesuai untuk mereka yang berdiet kerana mampu meningkatkan penyerapan nutrisi lain dalam makanan. Ia juga membekalkan sumber tenaga yang sangat penting sebagai agen pengangkut vitamin larut lemak (A, D, E, dak K). Tetapi harus diingat, pengambilannya perlu dikawal.

3. Yogurt
Yogurt adalah susu yang di fermentasi, iaitu memasukkan bakteria baik ke dalam susu dengan suhu tertentu. Bakteria tersebut akan mengeluarkan asid laktat yang membuatkan protein susu menjadi lebih pekat. Yogurt biasanya mengandungi dua jenis bakteria iaitu lactobacillus bulgarius dan streptociccus termophilus, yang berfungsi membantu menyerap nutrisi daripada makanan. Bakteria ini dapat mencegah risiko kanser usus selain dapat meningkatkan antibodi tubuh dan mengurangkan kolestrol.

Yogurt kaya dengan nutrisi penting seperti kalsium, vitamin B-2, vitamin B-12, potassium dan magnesium yang mana sesuai dijadikan santapan untuk diet. Menurut kajian yang dilakukan Universiti Washington, Seattle US, yogurt boleh dijadikan 'kudapan' sihat yang menyenangkan dan mampu membuatkan seseorang kenyang lebih lama.

4. Keju
Keju diperbuat daripada susu dan merupakan salah satu sumber utama mineral iaitu kalsium, protein, lemak, dan vitamin. Ia juga tergolong sebagai makanan yang padat dengan nutrien, mudah disediakan dan boleh dimakan begitu sahaja. Bagi mereka yang cerewet daripada segi pengambilan susu, keju boleh dijadikan sebagai gantian susu (1 gelas susu, 200 ml = 1 keping keju saiz sederhana).

Keju juga sedap dimakan bersama roti, pasta, kentang dan sebagainya bergantung kepada pilihan masing - masing. Sediakan hidangan makanan berasaskan keju untuk sarapan pagi atau malam, pasti menyelerakan. Jika kamu penggemar keju, pastikan kamu mengetahui jenis dan kandungan nutrisi yang terdapat di dalamnya. Selain itu, penting mengambil kira kekerapan keju yang diambil, kerana jika berlebihan akan mempengaruhi pengambilan lemak harian kamu.


so, korang suka entri ni? kalau suka, ape lagi, sile rate pada bintang di bawah. :)


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.