Ka-ching Ka-ching! Hello There! Shout To Me No Harsh words allowed here. Thank You Big Thanks
|
apa kena dengan semalam. serba tak kena jadinya
Sunday, 27 June 2010 | 16:32:00 | 8 comment(s)
from the beginning of the day until the end of the day, hidup aku jadi serba tak kena. ada je yang buat aku naik darah, geram, tak puas hati, gelabah and so on. kenapa dan mengapa? 1. bangun awal pagi, siap siap nak pergi pavi. nak tgk wayang. saja kejut kak cik lambat sebab kalau kejut awal pun, liat jugak nak bangun. plan keluar 10.30 am. ingatkan kejut 9.30 am, bangunlah jugak budak tu. setiap kali nak kejut minah ni, bukan main liat lagi. geram la pulak. kang, terkeluar lagi jeritan nyaring special edition ni. haha. sabar je la. pkul 11.20 am, baru kitorang gerak. adoiyai, sempat ke nak tengok wayang 12.15 nanti? sebab kitorang nak singgah post office dulu. lesen dah mati. tak perasan pon. elok je minta pak cik sabri fix kan date untuk belajar drive. haha. nasib baik kau. sempat la sampai pavi lepas berurusan kat post office klcc. tu pun sebab kitorang berjalan laju. potong je manusia manusia yang jalannya slow semacam. 12.05 pm, tiba di gsc, beli tiket, beli popcorn. masuk panggung. and the end. 2. asalnya nak tengok toy story lepas tu. tapi, disebabkan my lil sis nak beli stok makanan dia yang nak habis (sedangkan baru beli last week), beralah juga. habis tengok wayang, balik rumah dulu. lapar. orang rumah tak ada. bertiga sahaja. so, orang yang tak suka masuk dapur ni, masuk jugalah. menu; udang sambal dan telur dadar. aku masak telur sudah. biar adik aku tu yang masak udang. so, bila telur tu dah masak, dah ready dah nak letak kat pinggan. belum sempat nak letak, nah kau, telur jatuh kat lantai. nak menjerit je. gelabah? pastinya. aku ni jenis mudah gelabah. haha. teramat sedihlah bila telur dadar yang aku masak tu membazir begitu sahaja. akhirnya, ecah yang menggantikan aku untuk masak telur dadar balik. bila nak buang telur yang jatuh tu, aku almost jatuhkan sampah lain. nasib baik sempat tahan. kalau tak, terkenalah dengan buah yang adik aku potong untuk makan dengan rojak. bila aku nak bawa rojak buah tu ke depan, kaki aku tersadung carpet. almost jatuh. kalau jatuh, dah rugi rojak buah pulak. fuhh, selamat. 3. petang tu, pergi Jusco Au2 dengan bas rapid. sampai Jusco, my lil sis bgitahu yang hari ni hari sabtu, so there's no plastic bag for today. WHAT!! lupa lah pulak. rasa macam nak balik je time tu. ambil beg. senget. okay, terpaksa keluar duit beli bg Jusco tu lagi. dah banyak dah kat rumah. bertambah koleksi lagi nampaknya. nak beli jeans and barang lain. sbb until 28/6 ni, Jusco ada discount 15% for member card. guna je kad ayah, dapat discount. tengok orang yang bayar kat kaunter, eh ada je plastik bag diorang bagi. kat tingkat atas je kot. barang barang makanan, kenalah sendiri. so, bila our turn bayar, aku pelik la. apasal la juruwang ni lekat tape kat tanda harga. dalam hati, aku rasa dia tak akan bagi plastik bag ni. memang betul pun. adeh. orang depan kau bagi. time kitorang, apasal tak bagi. my sis kata sebab kita bawa beg kot. that's why la. hah?! kalau sebab tu, takkan la. tak nampak, bawa sling bag je. tu pun kecik. mana nak muat. i know yang hari sabtu memang officially, takkan ada bag plastik provide, tapi apasal, orang lain dapat. depan mata aku weh. terang terang. disebabkan tu, mulalah mulut aku mengomel tak puas hati. kat bawah, confirm nak beli barang banyak. nak tak nak, beli lagi bag jusco. bila bayar, terkejut beruk bila total RM100++. makanan je kot. apasal mahal pulak ni. before ni, beli lagi banyak, malah lebih mahal, but around RM50 je. gelabah depan cashier. my lil sis ada RM80 je. so, nasib baik aku ada RM20 something. keluar je, sekali lagi mulut aku mengomel tak puas hati. duduk, check satu satu. tiba tiba ada item tak masuk akal dalam resit kitorang. 'black carrier'. apakah itu. tertanya tanya juga. sebab harganya RM50++! no wonder la sampai RM100. disebabkan hari tu, hari yang worst untuk aku, so, boleh bising la mulut aku ni. kak cik la yang berunding dengan juruwang tu. sebab she knows yang kalau aku yang bercakap, takut disembur pula. kesian pulak kan. let her speak in the polite way. bila masuk jusco balik, my sis seems like ternampak my ex - schoolmate (sekolah rendah). bagitahu aku. aku terpandang. cepat cepat je aku larikan mata. and jalan je. if i 'm not mistaken la, memang tu dia. but sekilas pandang. tak tahu if she perasan atau tak. kalau betullah, she must think that aku ni dah sombong. tak mahu tegur. but memang aku macam ni. aku jenis yang suka mengelak. kalau itu memang dialah kan. dah menonong jalan tu, pandang belakang balik, tak nampak dah. so, tak dapat make sure la betul ke tak orangnya. pergi kaunter tadi, suruh semak balik. dia macam buat tak bersalah. kononnya macam betul je. asyik kata, betullah kira ni. takkan ada salah pulak. tapi nampak jugalah malu dia. mesti dia cuak. sebab dia dah salah. lambat betullah pulak juruwang tu nak semak. lama sikit baru semak satu satu. and ada 1 item dia tertinggal. item black carrier yang mahal tu memang tak ada. kitorang tak beli pon. dia salah scan. and at last, she return back our money. 4. bergaduh dengan adik pasal benda kecil. nothing actually. salah faham je. but disebabkan aku dah penat dengan apa yang berlaku hari tu, so, orang kata ni, dia kata tu. small matter je pun. and solve juga at last sebab tak nak panjangkan hal remeh temeh macam ni. so, semalam memang hari yang memenatkan untuk aku. balik tu sangat lega. tak nak dah lalui hari yang really teruk macam ni lagi. |