Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


cuba dapatkan teman lelaki kembali? 10 perkara JANGAN buat!

Wednesday 2 June 2010 | 15:59:00 | 4 comment(s)


masih sayang & mengharap lagi kepada si dia? Adakah kamu sedang berusaha untuk mendapatkan si dia kembali? Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki adalah dua perkara yang berbeza. Kebanyakan gadis membuat langkah awal yang salah dalam mendapatkan balik cinta si dia. Lihat 10 tip di bawah bagaimana untuk mendapatkan your ex-boyfie kembali.

1. Jangan bergaduh dengan si dia. Selalunya dengan ex boyfriend apabila kamu bercerita dengannya, asyik bergaduh sahaja. Bergaduh hanya mencipta ketegangan. Walaupun kamu menang apabila bergaduh mulut, namun kamu tetap kena tinggal.


2. Jangan cuba menggunakan logik untuk teruskan perhubungan atau kembali kepada kamu. Ingat, cinta itu berlandaskan perasaan, bukan logik.

3. Jangan yakinkan atau cuba meyakinkan ex - boyfriend kamu itu yang kamu telah 'berubah' atau 'mula sekarang, keadaan pasti berubah.' Perkara ini umpama menimba air keluar daripada perahu bocor. Biarpun tidak berjaya, perahu tetap juga bocor.


4. Jangan asyik cakap yang kamu cintakan si dia. Dia pasti tidak peduli. Apa yang dia peduli ialah sedalam mana cintanya terhadap kamu. Bukan berapa dalam cinta kamu kepada si dia.

5. Jangan merayu. Ya... jangan merayu. Hampir 90% perempuan akan merayu supaya ex - boyfriend kembali kepada mereka. Ingat, lagi banyak kamu merayu, lagi jauhlah si dia akan tinggalkan kamu.


6. Jangan cuba buat dia rasa bersalah bila meninggalkan kamu dahulu. Contoh; "saya tidak dapat hidup tanpa awak." Ayat seperti ini tidak akan berjaya, kerana cinta memang tidak boleh dipaksa, biar ianya datang dari hatinya yang ikhlas.

7. Jangan berlakon sedih supaya dia berasa bersalah. Simpati dan kasihan itu tidak akan sama dengan 'tertarik' dan 'keinginan' untuk kembali kepada kamu.


8. Jangan bercakap dengan kawan - kawannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan mereka. Walaupun mereka menyokong kamu, cuba nasihatkan si dia dan buat 'plan' supaya si dia kembali kepada kamu dan berjaya. Tetapi, selalunya tidak lama. Kamu perlu ingat, si dia akan kembali kepada kamu atas keinginan yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang lain.


9. Jangan menangis di hadapannya. Tidak kira kamu menangis terlalu banyak ketika berjumpa atau di dalam telefon ketika bercakap dengan si dia, itu semua hanya menunjukkan kepada dia bahawa si dia berkuasa ke atas kamu. Oleh itu, jangan buat begitu!


10. Jangan desak si dia supaya kembali kepada kamu. Lagi kamu desak, si dia pasti lagi menjauhkan diri daripada kamu.



tip - tip bukannya datang dari aku. sekadar berkongsi dari apa yang aku jumpa. aku tak pernah buat pun lagi ikut tips ni . tak tahu lah berjaya ke tidak . but hopefully, tip - tip ni dpt membantu ye. :)


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.