Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


dinner amal buat aku sakit perut ke?

Sunday, 20 June 2010 | 19:10:00 | 0 comment(s)

malam tadi, aku temankan ecah pergi dinner dia kat CIDB, untuk wind orchestra SM**, sekolah dia tu. suppose, aku dengan mak aku yang attend. tapi, mak aku tak dapat pergi sebab tak ada. so, aku pergilah dengan ecah. dihantar dan diambil oleh Pak Long. segan rasanya sebab lagi sekali terpaksa susahkan dia. 7.40 pm, kitorang dah ada kat sana. tapi tak penuh lagi pun. mula mula lagi kitorang dah memalukan diri kiorang sendiri. agak kalut la, sebab time nak daftar tu, ecah tak tau atas nama siapa. mak dengan ayah pulak text mesej bagitau yang kitorang meja F17. check, mana ada. sampai F8 je. adeh. orang dah beratur belakang ni. call la mak, bagitahu tak ada. mak suruk check meja F7. kot kot tersalah. kitorang check satu satu. dari F1 - F8. tak ada pun. call lagi sekali. dah ramai dah beratur belakang ni. bila tak ada orang baru kitorang check balik. nah, ada pun. mula mula check mmg confirm tak ada. cuma bila tengok kertas lagi satu, ada pun. ceh.

boring betullah. tunggu punya tunggu, 8.45 pm baru start. sedangkan tulis 8.30 pm. dah lah lapar gila sebab tak makan nasi pun lagi hari tu. sekadar makan roti je. pukul 9.15 pm, baru makan. kalau ikutkan nak je makan banyak. huhu. yela, bayar mahal. kenalah setimpal. hehe. dah makan tengok persembahan orchestra dari student SMSS. wah, aku kagum betul. hebat sungguh mereka. and aku harap, ecah juga berpeluang naik ke pentas bermain macam diorang satu hari nanti. :)

pukul 11.15, kitorang balik. sebab pak long pun dah tunggu. terharu tengok student yang main orchestra turun stage lepas habis persembahan pergi kat parents masing masing. sweet je. mesti bangga gila parents diorang. tapi memang pun. diorang dapat big applause sampaikan ada juga yang bangun bangga dengan persembahan mereka.

tapi kan, bangun pagi hari ni perut aku sakit gila weh. memang la aku tengah off. tapi tak pernah sakit macam ni. and i don't think yang ni sakit perempuan. sebab ecah pun sakit perut jugak. banyak kali weh masuk toilet. tak sure la kalau kalu kitorang keracunan makanan ke apa. but sampai sekarang still sakit lagi. pedih weh. harap haraplah tak. uhuu.


snap last night


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.