Ka-ching Ka-ching! Hello There! Shout To Me No Harsh words allowed here. Thank You Big Thanks
|
'Jangan' yang perlu dielakkan semasa berkawan
Friday, 4 June 2010 | 12:13:00 | 1 comment(s)
Dalam persahabatan, memang sukar untuk menjaga hati dan perasaan seseorang sahabat. Kadang kala, apa yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena dan timbul rasa tidak puas hati. Untuk menjaga dan mengekalkan persahabatan agar terus berkekalan, '8 jangan' ini perlu dielakkan:
1. Jangan lempar penghinaan. Jangan sesekali merendahkan, mengejek, dan menghina sahabat dalam apa - apa bentuk, baik tentang keperibadian, bentuk fizikal, keadaan sosial dan sebagainya. Elakkan berbuat demikian kerana tidak ada masalah yang selesai dengan penghinaan dan mencela malah nanti akan menimbulkan perasaan sakit hati dan dendam antara satu sama lain.2. Jangan campur urusan peribadi. Jangan dan jika boleh cuba elakkan mencampuri urusan peribadi sahabat yang tak ada kepentingan untuk kita. Setiap individu mempunyai urusan dan masalah peribadi yang kadang kala tidak boleh diceritakan walaupun dengan sahabat sendiri. Ia adalah sesuatu yang sangat sensitif dan jika tersalah cakap ia boleh menimbulkan kemarahan sahabat.3. Jangan menyampuk apabila bercakap. Adalah tidak sopan apabila kita sedang bercakap kemudian tiba - tiba dipotong dan disangkal. Latihlah diri untuk bersabar dalam mendengar dan mencelah perbualan dengan cara terbaik dan pada waktu yang tepat dan sesuai.4. Jangan buat perbandingan. Jangan sesekali membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga sahabat yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah diri atau rasa terhina.5. Jangan rosakkan kebahagiannya. Apabila sahabat kita sedang bersuka ria, bergembira dan berbahagia, janganlah melakukan tindakan yang boleh merosakkan kebahagiaanya itu.6. Jangan ungkit kisah lalu. Ingatlah bahawa setiap orang memiliki rahsia dan kesilapan yang tidak mahu diceritakan kepada orang lain, begitu juga dengan diri kita sendiri. Janganlah cuba mengungkit dan menceritakannya kepada orang lain. Takut ianya akan menyakiti hati sahabat dan menjejaskan ikatan persahabatan hanya kerana telah membongkarkan kekurangan yang dimilikinya.7. Jangan ketawakan sahabat. Jangan mentertawakan sahabat kerana kekurangan yang dimilikinya. Ini termasuklah kekurangan daripada segi penampilan, rupa, bentuk badan dan sebagainya. Ketawa yang berlebihan dan tidak kena pada tempatnya akan mengundang rasa sakit hati sahabat.8. Jangan melepaskan kemarahan. Apabila marah, berhati - hatilah kerana kemarahan yang tidak terkawal boleh mempengaruhi tingkah laku dan percakapan. Ianya bukan sahaja akan melukai sahabat malah mungkin akan menghancurkan hubungan baik dengannya. Kawal kemarahan dengan sebaik mungkin dan sekiranya ia tetap terjadi, luahkan kata - kata yang tidak akan melukai sahabat. Cuba redakan kemarahan dalam masa yang singkat dan mintalah kemaafan jika kata - kata yang diluahkan itu dirasa keterlaluan. |