Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


Tips hari ini : Rahsia Langsing, Tanpa Perlu Diet!

Sunday, 13 June 2010 | 22:52:00 | 3 comment(s)


Tips untuk kelihatan langsing dan menawan:

1. Gaun Labuh.
Salah satu rahsia yang membolehkan kamu kelihatan langsing adalah dengan mengenakan gaun labuh. Jangan pakai gaun yang bermain banyak warna kerana ia membuatkan tubuhmu 'membesar'. Sebaliknya, pilih gaun warna gelap.

2. Suai Padan Warna.
Jika kamu mempunyai bahagian tubuh yang lebih besar dari bahagian yang lain, cara terbaik untuk menjadikan bentuk tubuh kelihatan seimbang adalah dengan cara suai padankan warna. Contohnya, memiliki pinggul yang lebih besar daripada bahagian atas, gunakan warna gelap untuk pakaian bawah dan pilih warna - warna cerah untuk pakaian atas.

3. Aksesori Pilihan.
Pilihan rantai panjang boleh memberi kesan langsing. Elakkan memakai rantai pendek atau jenis 'choker' kerana membuatkan kamu lebih menonjol. Elakkan juga rantai daripada jenis mutiara atau batu - batuan kerana memberi kesan 'berat'.

4. Jenis Fabrik.
Jenis fabrik juga memainkan peranan dalam menentukan bentuk tubuh agar tampil langsing. Jika tersalah pilih, pakaian yang dipakai akan kelihatan jauh lebih berisi daripada bentuk tubuh yang asal. Jangan sesekali pilih bahan dari jenis fabrik 'berkilat' seperti satin kerana ia akan memantulkan cahaya dan menjadikan tubuh kelihatan lebih besar.

5. Warna Gelap.
Warna - warna gelap adalah selamat untuk kamu yang bersaiz besar bagi menutupi bahagian lemak yang berlebihan. Tidak perlu tertumpu pada warna hitam sahaja, kamu juga boleh memilih warna hijau kelabu, biru laut dan maroon.

6. Padanan Kasut.
Pilih kasut dengan saiz tumit tinggi minimum dua inci. Semakin tinggi kasut, semakin kamu kelihatan langsing. Kasut bertumit tinggi berfungsi untuk mengangkat tubuh dan membuatkan kakimu kelihatan lebih jenjang. Sebagai panduan, elakkan memilih kasut yang rekaan bulat di hujungnya dan juga 'wedges' kerana membuatkan kamu kelihatan lebih pendek dan gemuk. Sebaiknya pilih kasut bertumit yang bertutup.

7. Jaket.
Bagi kamu yang memiliki beberapa bahagian tubuh yang besar, kamu boleh sarungkan jaket atau vest pada blaus atau t-shirt. Pilih fabrik yang ringan dan elakkan perhiasan yang terlalu berat. Paling penting, elakkan memakai jaket yang pendek (cropped jacket) dengan banyak hiasan di bahagian atas. Sebaiknya pilih jaket paras pinggang. Pakai jaket yang tidak dibutang agar kamu kelihatan lebih langsing. Pilih warna - warna seperti maroon atau royal blue untuk mengalih perhatian pinggul dan kaki.

8. Legging.
'Legging' juga berfungsi menjadikan kakimu nampak langsing dan padat. Pakailah legging yang berwarna gelap kerana berhasil untuk memberi kesan langsing dan menarik. Terdapat pelbagai pilihan legging, tetapi yang penting kamu tahu gayakannya mengikut kesesuian baju. Motif corak kecil atau garisan menegak juga boleh dijadikan pilihan. Untuk lebih sopan, padankan legging dengan blaus labuh.

9. Tas Tangan.
Tas tangan juga mempengaruhi penampilan dirimu. Ini kerana tas tangan berfungsi menyembunyikan kekurangan lebihan tubuh. Jika bentuk tubuh seperti buah pear, bawa tas tangan di atas bahu, tapi sekiranya bentuk tubuh kamu seperti buah epal, lebih baik dijinjing. Elakkan memakai tas tangan yang besar dan mengisinya dengan banyak barang. Tas tangan yang sarat akan membuatkan tubuhmu kelihatan lebih bulat.

10. Rekaan Pakaian.
- Untuk tampil langsing, kamu perlu mengetahui rekaan baju yang sesuai ataupun tidak dengan tubuhmu. Pakaian dengan garisan menegak membuatkan tubuh kelihatan langsing. Bahkan butang memanjang ke bawah pada bahagian depan juga memberi impak untuk tampil lebih langsing.
- Tambahkan penumpuan seperti aksesori yang sesuai untuk tujuan mengalih perhatian pada saiz badanmu yang berisi.
- Elakkan hiasan sarat pada tangan.
- Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat. Ini membuatkan tubuh kamu yang berisi lebih kelihatan.







Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.