Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


i choose NYSS

Monday, 19 July 2010 | 21:50:00 | 4 comment(s)

NYSS. apa tu? well, it is stand to new york skin solutions. tapi, apa kaitannya dengan aku? nak dijadikan cerita, begini kisahnya. aku kini telah curang dengan klinik kulit kat jalan Tar tu lebih kurang sebulan yang lepas. kini aku beralih arah, bermadu kasih dengan NYSS. maaf la ye. bukan tak nak setia. tapi keserasian tu tak ada. i appreciate rawatan yang diberi selama 2 tahun lebih ni. result memang ada. cuma ianya tak lama. hujung tahun lepas, keadaan semakin teruk. aku mula sangsi. selepas tu, keyakinan aku terus merudum jatuh. aku masih lagi cuba untuk setia. tapi selepas kemunculan NYSS yang aku kenali melalui program tv, hati aku tertarik tarik untuk mendekati. ingin mencuba mana tahu keserasian itu wujud antara kami. aku dihubungi oleh pakar dari NYSS, Meicy yang akan jadi consultant aku. first try, aku ingin terus mencuba. jadi aku menyambung sesi ku sebanyak 20 sesi atas nasihat consultant.

setiap minggu aku dikehendaki untuk ber'dating' dengan NYSS selama 2 jam. tempatnya awal awal lagi aku telah tetapkan di pavillion. waktu juga aku yang tetapkan. biasanya, aku senang berjumpa pada waktu pagi. tetapi lepas cuti ku dah habis, sesi ketiga ku terpaksa ditukar dari hari selasa ke hari ahad waktu petang. minggu lepas, aku terpaksa pula menunda date kami disebabkan ada program modul di fakulti. NYSS dah pon arrange masa untuk aku. tapi, maaf, aku terpaksa. aku bawa ke hari ni. nasib baik kelas petang cancel. pukul 1230 pm, aku bertolak dari kolej ku menunggu bas di bus stand mawar/melati. pukul 1.15 ptg, aku naik bas u80, menuju ke kl. sampai di kl sentral pukul 2 ptg. perutku minta diisi. tapi aku ignore. kakiku laju menuju ke pavi.

2.40 ptg, aku tiba di NYSS. aku diberitahu bahawa consultant aku dah sambung study. so, tempatnya digantikan dengan consultant lain. terasa sedih pulak. walaupun beberapa pertemuan, tapi, dengan bantuan, rawatan dan layanan dari meicy amat aku hargai. Anne, consultant ku kini. dia sangat peramah. ketika rawatan berlangsung, tak semena mena perutku asyik berbunyi. malu aku apabila Anne menegur hal itu. mulanya bila dia tanya aku dah makan ke, aku kata belum. perut tak lapar, sedangkan memang lapar gila. tapi disebabkan aku ingin balik cepat, tak nak sampai lewat ke kolej, aku terpaksa biarkan. rawatan still 2 jam. hari ni, aku dah bayar baki pembayaran. disebabkan itu, aku dapat free product dari NYSS - 1 set produk muka. thanks! terasa gembira pula. huhu.

8 mlm, aku selamat sampai ke bilik. terus mandi. aku ditegur oleh Aini, rakan arasku yang juga PKS - pegawai kadet sispa. katanya, muka aku nampak berseri hari ni. dalam hati, terus berbunga. ye la, aku baru je balik dari treatment kulit. aku kini yakin dengan NYSS. semoga keyakinan ini tidak merudum seperti mana aku alami selama ini. aku harap perubahannya memberangsangkan. aku baru je hadir 4 sesi, lagi 16 lagi sesi. sabtu ni, aku akan menyambung sesi ku yang ke 5 pula. :)


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.