Ka-ching Ka-ching! Hello There! Shout To Me No Harsh words allowed here. Thank You Big Thanks
|
ponteng kelas = sunway pyramid + the back-up plan + celebrate 1st anniversary
Wednesday, 7 July 2010 | 16:42:00 | 2 comment(s)
aku bangun pagi, pakai uniform, jaga pameran.
9.45 am, aku tergesa gesa balik bilik, nak tukar baju kurung, pergi kelas FAR265. jalan agak laju. takut terlambat. 10.30 am, tepat tepat sampai level 7, menara saas. okay, kelas cancel! hai, penatnya aku gelabah. tarik nafas, kipas kipas. then, aku buat plan baik punya. 'weh, jom celebrate! hari ni kan 1st anniversary. semalam tak jadi. hari ni on. tak payah masuk kelas. sunway jom!' wakaka! korang ingat aku ni budak baik ke hah? ponteng ponteng ni mmg favourite la. haha. tp tak selalu la. awal awal je. hehehe. 11.30 am, terpacak kat ktm s. alam. tunggu waheeda & tiqa tak sampai sampai. 2 gerabak terlepas. 30 minit tunggu gara gara tiqa nak pecah duit. aku sempat masuk bas. bas main blah je. tak tunggu kawan2 aku. tak pasal2 aku pulak kena pacak lama kat ktm. sabar je la. pukul 1.15 pm, sampai sunway. tiqa nak main ice skating. lagipun waheeda tak penah main lagi. tp aku tak nak. lagipun, kitorang berbaju kurung. pelik la kot. plus, bukan warna gelap. kalau jatuh, ketara basah kau. tukar plan, wayang jom! aku nak tengok toy story. tp, lambat la. kul 4 lebih. fikir fikir. tengok the back - up plan pukul 2.45 pm. solat dulu. perut meragam. kaki gerak ke mcd. aku makan dengan lajunya. wakaka. lapar sungguh. blurp! kenyang :) 2.45 tepat, masuk panggung. 4.40 pm, movie tamat. boleh tahan la cerita. but movie orang putih, tak lari dari scene 'ehem'. 18 thn ke bwh tak boleh masuk ye. huhu. okay, click sana. click sini. cheese sana, cheese sini. senyum semua. amik gambar together. ouh, sampai kat elianto ecopark, hati aku dah digoda oleh bonita. bag bag only RM30++ after 70% discount! harga asal RM130. sape tak tergoda weh. sumpah, aku nak beli. tp aku dah set awal2 tak nak shopping. nak jimat duit. duit dah ting tong. gara gara nak rawat kulit. hua! pandang saja. tepon kak cik kot kot dia nak. konon nak beli untuk dia la. tp, diri sendiri nak sebenarnya. haha. sale sampai ahad ni. target balik mggu ni, mahu singgah. beli jugak. xp 5.40 pm, tunggu bas mini. hai, terasa nak balik rumah pulak. rindu!! selalu kalau keluar g sunway, balik naik rapid. balik rumah. huu. 6.30 pm, sampai ktm. oh, sakit hati. kena tunggu sejam sebab ktm rosak. 7.30 pm, berhimpit himpit mcm tin sardin dalam tu. nasib baik 2 stesen je. sampai, tunggu bas rapid. sejam tak sampai sampai. at last pukul 9 pm sampai jugak. penat tau terpacak lama lama kat situ. nasib baik pak cik bas bagi kitorang naik free. hehehe. 10.00 pm, sampai teratai. mandi, on9 jap. masuk tidur ;) *nota kaki: gambar upload kemudian. kat kamera waheeda. |