Ka-ching Ka-ching! Hello There! Shout To Me No Harsh words allowed here. Thank You Big Thanks
|
hari minggu ku tak terasa
Sunday, 29 August 2010 | 18:44:00 | 2 comment(s)
hello bloggers! selamat berhujung minggu! agak lambat untuk aku ucapkan selamat kan, tapi nak buat macam mana, aku tak berkesempatan. hari minggu aku da dipenuhi dengan aktiviti sispa. aku baru je balik dari latihan mingguan pks sispa. penat weh. malam tadi dari jam 10 hingga 12 am, kitorang berkawad kat padang kawad. hari ni, pukul 7 pg dah berkumpul untuk kelas koko. disebabkan kitorang pks, kitorang diasingkan dengan pelajar koko lain. diorang hari sabtu. dalam kelas tadi, aku mengantuk giler. aku terlelap banyak kali. nasib baik tak tersengguk. buat malu je nanti. huhuhu. ni pun abis pukul 530 tadi. nasib baik jumaat cuti, kalau tak terasa cuti aku. rabu ni aku ada presentation, tapi aku belum prepare lagi. aku tak boleh nak relaks dah, sebab selasa ni 1 hari aku busy. orang lain syok syok mengulit mimpi, aku dah kena tunggu depan bus stop teratai untuk pergi bukit jalil pukul 330 pagi. balik malam la. lepas berbuka. tak tahulah kalau terawih sekali. tak tahulah pukul berapa akan balik. risau aku untuk presentation tu nanti. okay, aku nak stop sini. nak sambung tengok epilog syurga cinta. chow. :)
|