Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


oh, ayunya gadis itu ^___^

Thursday, 12 August 2010 | 20:53:00 | 0 comment(s)

oh, ayunya gadis itu! fewwwitt sikit. nak kenal boleh? korang jangan fikir apa yang aku tak fikir. tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. eh eh, apa yang aku merepek ni? hmm. pedulikan. oh, kenyataan di atas bukan menunjukkan yang aku ni lesbo. fullstop.

apa yang aku nak bebel malam ni eh? disebabkan aku cuma cakap sikit sikit setakat ni, so, malam ni kena cakap banyak banyak. bebel sampai korang menyampah nak baca. hahaha. nak dijadikan cerita, si gadis ni berjalan kaki ke kelas. langkah diatur dengan penuh tenang. walaupun perlu berjalan jauh, tapi dia tak kisah berjalan. penat sedikit pun tak apa. dengan penuh hati hati, dia berjalan. eh eh, cop. si gadis nampak lain sikit la. hmm. apa yang lainnya. tudung? oh, biasa saja. baju kurung? hmm. banyak kali dah dia pakai. beg? oh, tak kot. walaupun dia baru je pakai minggu ni, tapi dia pernah bawa time sem 1 dulu. apa ye? hmm.

oh ada satu tertinggal! cuba lihat di bawah pula. nampak tak? si gadis tidak berselipar atau bersandal. bukannya berkaki ayam. patut la si gadis nampak tinggi sikit dari biasa. si gadis pakai wedges barunya pergi kelas. fuiyoo. tak pernah pernah terfikir nak pakai. kali ni si gadis tekad nak pakai. bukan apa, si gadis memang suka pakai kasut tinggi tinggi tapi disebabkan keadaan tempat belajarnya berbukit, seksa la kalau berkasut tumit tinggi pergi kelas. lebih lebih lagi si gadis lebih suka berjalan kaki ke kelas. walaupun bas banyak, tapi si gadis tak suka berebut dengan ramai orang. lagipun si gadis dah observe and compare mana lagi cepat. berjalan @ naik bas. sejak dari sem 1 lagi, si gadis berjalan. hasilnya berjalan kaki lagi cepat sampai. huhuhu.

sambung cerita, si gadis berjalan tidak seperti biasa. kalau sebelumnya, si gadis suka memotong mereka yang suka mengambil angin, menikmati pandangan untuk ke kelas, tapi kali ni berbeza. punya la pendek langkah kakinya. jalan pun penuh sopan santun, penuh keayuan. aduiii. rasa macam nak tanggal je wedges tu. bukan apa, kaki si gadis dah dilukai. melecet tau tak. terseksa si gadis berjalan. sampai kelas, si gadis lega. mulanya si gadis nak beli plaster, tapi macam biasa bila di saat sangat memerlukan, plaster dah habis. adoiyai, kenapa la tak dapatkan yang baru, si gadis bukannya pergi kedai time tengahari. awal pagi tau. ish, tak apa tak apa. nasib baik si gadis mempunyai kawan yang baik hati. kawan si gadis sudi meminjamkan sementara sandalnya sepanjang kelas hari ni. and disebabkan kaki si gadis melecet, kulit terkopek sedikit, nak tak nak, kena juga la naik bas.



p/s: nak tahu siapa si gadis yang dimaksudkan? si penulis blog ini la. huhuhu. okay, chow chin chow..


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.