Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


ceritera raya 3

Monday, 13 September 2010 | 23:10:00 | 0 comment(s)

raya kedua at taiping
2 syawal balik taiping pula. beraya kat sana until hari ni. bertolak tengahari. sampai pukul 7. before tu, singgah jap kat pasar changkat jering. sampai rumah tok, rasa macam nak tidur je. mengantuk. rumah tok kosong. maksu pergi beraya. sedara yang lain mungkin datang raya pertama je. tengok tv. maksu, paksu dah balik. then, pakyang datang. ingatkan diorang dah balik seremban sebab pakyang biasa datang sekejap je. tengok tengok ada pulak. yang ada sekali abang iwan dengan abang azrin and family. anak abang azrin dah besar dah. nabil yang sangat nakal. huhu. borak borak lepak lepak dengan anis dalam bilik yang gelap sebab lampu rosak. sekali ada lipas, menjeritlah. tak pasal pasal, tarik perhatian nabil. dah bersedia dah tu nak jadi hero. tapi kakcik dah buang lipas tu dulu. lega lah. kalau tak memang tak adanya nak tidur dalam bilik tu. huhu.

teringat dulu time kecik memang rapat dengan abang iwan. setiap kali raya, kitorang main bunga api sama sama. tapi dah besar ni, nak cakap pun segan. kalau ada sedara lelaki, tunduk je. tak berani nak pandang. tak biasa dah. huhu. disebabkan bilik penuh, pakyang, makyang, abang azrin and family stay kat hotel berdekatan. cuma abang iwan je stay rumah tok. malam tu kitorang tidur lewat sebab nak online. sambil tu, aku pinjam novel anis, adik sedara aku. nak khatamkan lah before balik. pukul 1 pagi, dah mengantuk. terus masuk tidur.

raya ketiga
bangun pagi, solat subuh, terus sambung baca novel. seharian tengok tv je lah. tak beraya ke mana. mak teh and family datang. cuma ada naimah dengan amad je sebab yang lain kebanyakannya dah berkeluarga. petang pergi jalan jalan kat tesco taiping. balik, makan then sambung baca novel, pulun habiskan 20 bab 1 malam tu. then terus tidur. dah tak larat nak habiskan lagi beberapa bab.

raya keempat
nothing. bangun pagi, solat. habiskan baca beberapa bab lagi. sejam baca, khatam dah. mandi, sarapan. siap siap. pukul 11 pagi, bertolak balik ke rumah.

overall, raya tahun ni tak seseronok tahun tahun sebelumnya. tak banyak beraya. and macam hambar sikit la. but still great. oh, sedih sikit sebab tak berpeluang pakai baju raya lagi satu sebab tertinggal kat kg. tunggu ayah we bawa balik la baru boleh pakai. huu.


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.