Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


aksi cemas 3 gadis di tepi lebuh raya: saya sudah tercemar!!

Thursday, 14 October 2010 | 20:01:00 | 18 comment(s)

ini memang kisah benar. tiada kaitan dengan yang mati, cuma berkaitan dengan yang hidup sahaja. huhu. kisah benar tentang 3 orang gadis di lebuh raya.

cuaca begitu panas. namun, 3 gadis ini tetap bertekad untuk keluar berjalan. lokasi yang ingin dituju, Jusco Bukit Raja. 2 gadis ni sangatlah gembira kerana pertama kali dapat pergi ke jusco bukit raja. seorang lagi biasa saja sebab dah banyak kali pergi. perjalanan dipenuhi dengan gelak ketawa 3 sahabat. masing masing berwajah ceria. disebabkan tiada bas yang betul betul berhenti dekat jusco itu, 3 gadis tersebut diberhentikan betul betul di lebuh raya. kenderaan sangat banyak. lunch hour biasalah. dalam hati, terasa takut. terbayang kalau kalau ada kenderaan terbabas and accident happen. masing masing berlari. tiba di satu jalan, 3 gadis ini berjalan lebih perlahan dari tadi. tiba tiba, terasa sesuatu di badan salah seorang gadis. gadis itu mula mengibas baju kurungnya. sangkanya mungkin daun lalang. tapi, takkan daun lalang ada dalam baju? takkan angin menerbangkannya terus masuk dalam baju yang dipakainya ketika itu? setelah mengibas beberapa kali, tiada rasa apa apa. 3 gadis itu berjalan lagi menuju ke destinasi yang berada di seberang jalan. terasa lagi 'sesuatu' dalam bajunya. hati gadis itu mula cuak. apakah 'benda' itu?

si gadis itu menjerit kepada 2 sahabatnya untuk menolong mengibas ngibas belakang baju kurungnya. beg diberi kepada salah seorang gadis. masing masing berusaha untuk mengeluarkan 'benda' itu. gadis tersebut menyangka ada serangga masuk dalam bajunya. gadis itu sangat cemas kerana 'benda' itu tidak keluar keluar lagi dari bajunya. tiba tiba, salah seorang rakan gadis menjerit dan lari ke belakang. 'benda' itu berada di bawah baju kurungnya. gadis itu memandang ke arah 'benda' itu. terbeliak mata gadis itu apabila melihat spesis yang seakan akan cicak, tapi lebih besar, tapi bukan biawak menurut kata rakan gadis tersebut. and bermula saat itu, si gadis itu mula rasa fobia dan takut. gadis itu memang tidak suka akan cicak dan binatang yang satu spesis dengannya. gadis itu mula geli gelaman bila terkenangkan peristiwa yang baru saja berlaku itu. gara gara excited kerana keluar berjalan jalan, gadis itu telah tercemar diintai oleh binatang berekor panjang, berkaki dua itu! si gadis terasa ingin menangis. masing masing menjerit kegelian. seperti orang gila pula rasanya. terlompat lompat di tepi lebuh raya.

mereka bertiga cepat cepat berjalan menuju ke destinasi. langkah diatur dengan hati hati, risau kalau kalau 'binatang' itu ada lagi. sepanjang perjalanan, mulut mereka tidak henti henti bising. gadis itu mula menutup telinganya apabila rakannya mula bercakap mengenai hal itu. dia cuba melupakan peristiwa itu. walaupun binatang itu telah pergi, tetapi gadis itu terasa seolah olah ada lagi binatang itu dalam baju kurungnya. sampai sekarang, masih lagi terasa sesuatu dalam bajunya. oh, si gadis sudah fobia!!



psst; ini memang kisah benar. baru berlaku tengahari tadi. and mangsa itu tak lain tak bukan adalah saya! waa!! ='(


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.