Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


final exams: paper pertama

Wednesday, 27 October 2010 | 17:48:00 | 10 comment(s)


rasa macam nak menjerit je. serious! dahlah tak dapat jawab paper far tadi dengan baik, kepala pulak dari tadi berdenyut. lagi, aku kena sengguggut yang melampau lampau dari semalam. sakitnya. tak selesa dibuatnya. ikutkan hati memang aku tak nak makan langsung, tapi aku tak nak biarkan perut ni kosong. dahlah pening, nanti bertambah lagi peningnya. mood aku sangat tak stabil. aku nak menangis tapi tak rasa nak menangis pun. tiba tiba aku rasa sangat penat. tau, habis exam tadi, aku terus masuk tidur. tapi susah nak tidur. entah bila aku terlelap, aku pun tak tahu. bila aku bangun, kepala aku sangat sakit. lagi satu, tau, mentang mentanglah aku tak dapat jawab paper tadi, elok je aku mimpi pasal exam tadi - soalan pasal consolidated income statement. macam nak sakitkan hati aku je. kalau dapat jawab, tak pe jugak. ni tak, entah apa apa aku tulis. tulisan jangan kiralah, buruk gila.

bagi aku, 3 jam tu sangat tak cukup. 5 soalan, tapi sub question bukan main banyak. kalau pendek pendek, tak pe lah. tapi pengiraannya panjang panjang. penat tangan aku ni menulis. tambah pulak dengan keadaan dewan yang sangat sejuk. aku pulak tak bawa sweater sebab aku expect yang dewan fac AD macam kelas. tak ada air cond, kipas jelah. meja pulak kecik ar. susah aku nak jawab dengan keadaan ruang macam tu. aku rasa akulah paling bising kat dewan tu dengan bunyi kalkulator, terlanggar dinding, dan bunyi macam macam lagilah. disebabkan paper far nilah, mood aku jadi macam ni. aku tak pasti aku dapat berapa, tapi nak capai A tu agak sukar. target aku dalam B je. kalau dapat lagi tinggi, alhamdulillah. tapi kalau dapat teruk, tawakal jelah. i did try my best. ni je yang aku mampu buat. hopefully there's a miracle happen to me.


next paper, entrepreneurship (ahad, 31/10). subjek yang aku tak suka jawab time sekolah dulu sebab cikgu aku tu garang, suka bebel entah apa apa. aku target paper ni A. carry marks dah ok, harap harap exam ni pun ok la. :)


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.