Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


lagi kisah FFM23: Apa Kata Sebahagian Pemenang?

Wednesday 27 October 2010 | 16:16:00 | 0 comment(s)

Walaupun filem Estet arahan Mamat Khalid serta Belukar (Jason Chong) telah disebut-sebut sebagai antara filem yang layak untuk dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23), namun Magika nampaknya lebih mampu meyakinkan pihak juri untuk menerima kemenangan tersebut.

Malah, bukan setakat itu saja, Magika arahan Edry Abdul Halim yang diterbitkan KRU Studios turut melakarkan 6 lagi kejayaan manis menerusi kategori Pengarah Harapan Terbaik (Edry Abdul Halim), Skor Muzik Asal Terbaik (Edry Abdul Halim), Pereka Kostum/Busana Terbaik (Hasnan Yaacob ), Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharuddin/Johan Lucas), Lagu Tema Asal Terbaik (Penyembuh Rindu) serta Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Fimie Don).

Selain itu, KRU Studios turut berjaya memperolehi 1 lagi anugerah apabila sebuah lagi filem terbitan mereka iaitu My Spy arahan Afdlin Shauki telah diangkat sebagai pemenang Filem Komedi Terbaik.

Dominasi KRU Studios terhadap FFM23 turut dipertikaikan. Malah, ada juga yang menganggap bahawa Magika tidak layak diangkat sebagai Filem Terbaik FFM23, apatah lagi meraih anugerah yang sebanyak itu.

Namun, 5 barisan juri iaitu yang terpilih iaitu Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin (Ketua Juri), Panchacharam P.Nalliah, Dr. Naim Hj. Ahmad, Kamarudin Abu dan Akmal Abdullah pastinya mempunyai alasan yang kukuh untuk mengangkat Magika ke tahap yang setinggi itu.

FFM23 turut mengiktiraf Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah untuk memenangi anugerah Cerita Asal Terbaik, manakala untuk kategori Sinamatografi Terbaik, ianya dimenangi oleh Raja Mukhriz (Niyang Rapik). Bagi kategori Lakon Layar Terbaik pula, ianya menjadi milik Jumaatun Azmi (Haq).

Bagi Pengarah Filem Terbaik, Syamsul telah memberikan kejutan apabila muncul sebagai pemenang menerusi kategori tersebut. Begitu juga dengan kemenangan Lisa Surihani sebagai Pelakon Filem Wanita Terbaik. Namun, ramai yang berpuas hati apabila kategori Pelakon Filem Lelaki Terbaik diberikan kepada Bront Palarae.

Banyak lagi kejutan yang diperolehi dalam FFM23 pada kali ini. Namun, mungkin begitulah agaknya tradisi FFM23. Sentiasa ada benda yang mengejutkan pada keputusan pemenangnya.

FFM23 yang dikendalikan oleh Sharifah Shahirah, Zizan Raja Lawak dan Hezrie Hashim sebagai hos utama pada malam itu telah dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Priam dan TV1.

Apa kata sebahagian pemenang FFM23:-

Edry Abdul Halim (Filem Terbaik/Magika)

"Secara jujurnya, saya sangat-sangat kabur apabila Magika diangkat sebagai Filem Terbaik FFM23 pada tahun ini. Ia adalah satu pengiktiran yang besar, lebih-lebih lagi bila ianya adalah filem pertama yang saya arahkan dan ia menjadi cukup bermakna kerana filem ini berkonsepkan muzikal iaitu sesuatu yang memang saya gemari kerana saya sendiri banyak melibatkan diri dalam bidang yang berkaitan dengan muzik.

"Secara tidak langsung ia turut melengkapkan Magika dengan 7 anugerah beserta 1 anugerah daripada My Spy. Satu kejayaan yang cukup membanggakan kami semua. Tapi, apa yang kami buat ini datangnya dari keikhlasan kami untuk menghasilkan produk yang terbaik untuk tontonan masyarakat Malaysia. Kemenangan ini, pastinya akan menyuntik lebih semangat lagi untuk kami terus berkarya dan melahirkan produk-produk yang lebih bermutu pada masa akan datang.

"Bermula dengan Cicak-Man, My Spy, Magika dan tidak lama Merong Mahawangsa, kami memang sentiasa ingin memebrikan kelainan terhadap indusri perfileman tanah air kita dan saya harap penonton Malaysia akan sentiasa dapat menangkap setiap kelainan yang cuba kami tonjolkan dalam filem-filem terbitan kami nanti.

"Insya Allah, jika tiada aral melintang, saya kini dalam proses untuk menghasilkan filem muzikal yang kedua berjudul 29 Februari. Saya masih menulis skrip untuk filem tersebut. Tetapi, kali ini saya akan tonjolkan pelakon yang boleh menyanyi. Ada di antara mereka sudah pun saya dekati untuk membincangkan tentang projek filem ini nanti. Tapi, apa yang boleh saya katakan sekarang ini, penggambaran 29 Februari hany akan bermula pada sekitar bulan Mac depan," katanya kepada murai.com,my

Syamsul Yusof (Pengarah Filem Terbaik/Evolusi KL Drift)

"Saya rasa sebak sangat di atas kemenangan pada malam ini sebab walaupun saya banyak buat kesilapan dalam hidup saya tetapi Allah masih lagi permudahkan apa yang saya nak buat dan apa yang saya buat pula, telah menjadi. Tapi, saya memang tidak menyangka langsung bahawa kemenangan ini akan berpihak kepada saya. Bohonglah saya kalau saya katakan saya tidak mahukan kemenangan ini. Memenangi anugerah ini adalah impian setiap pengarah.

"Namun, banyak lagi pengarah di luar sana yang hebat-hebat termasuk yang tidak bertanding. Jangkaan saya Pengarah Filem Terbaik akan disandang oleh Jason Chong untuk filem Belukar atau Mamat Khalid (Estet). Malah pada awalnya saya rasa Mamat Khalid yang akan menang sebab setiap filem yang dihasilkannya mempunyai kelainan. Sukar untuk meneka apa yang dia akan buat dalam filemnya yang seterusnya. Saya rasa dia layak untuk menang. Tapi, mungkin rezeki lebih berpihak pada saya.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat kedua-dua ibu bapa dan semua rakan-rakan. Jasa dan pengorbanan mereka tak dapat dibalas dengan kata-kata. Lebih-lebih lagi ayah saya. Kalau dia tak pushed saya, mungkin saya tidak akan berada di sini seperti mana yang anda lihat pada hari ini," katanya yang akan mengarahkan filem Bukit Kepong versi baru pada tahun hadapan.

Bront Palarae (Pelakon Filem Lelaki Terbaik/Belukar)

"Saya tidak dapat gambarkan perasaan saya apabila memenangi anugerah ini. Ia adalah satu perjalanan yang cukup panjang. Bermula penglibatan serius saya di dalam bidang lakonan pada 2003, saya telah bekerja dengan ramai karyawan serta pengarah filem. Antara ialah U-Wie Shaari, Mamat khalid, Osman Ali, Yasmin Ahmad serta Jasong Chong sendiri.

"Saya berterima kasih pada mereka kerana banyak yang saya pelajari daripada mereka dan merekalah yang telah membantu untuk membentuk lakonan saya pada hari ini. Awalnya, saya jangkakan kemenangan ini akan berpihak kepada Zulhuzaimy dalam filem Haq atau Farid Kamil (Lagenda Budak Setan). Sepertimana yang kita tahu, Zulhuzaimy sentiasa memberikan lakonan yang hebat, manakala Farid pula semakin menonjol dalam lakonannya.

"Terima kasih kepada juri yang telah menilai lakonan saya. Terima kasih juga kepada penulis skrip yang telah menulis karektor daya dengan begitu baik di dalam Belukar. Namun di sebalik kegembiraan ini saya rasa agak sedih kerana orang-orang yang patut menang atau diraikan tiada di sini," katanya yang bercadang untuk membuat kerja-kerja amal untuk anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Lisa Surihani (Pelakon Filem Wanita Terbaik/Lagenda Budak Setan)

"Kemenangan ini sebenarnya memang di luar jangkaan saya. Buat pada masa yang saya ia amat bermakna kerana setiap tanggungjawab yang diberikan bukan hanya terletak pada keputusan saya seorang diri tetapi apa yang penting ia adalah menerusi perbincangan bersama pihak pengurusan saya iaitu MIG dengan ibu saya.

"Sama ada saya layak atau tidak layak menerimanya, saya rasa saya tidak layak atau tidak sepatutnya menjawabnya kerana segala keputusan yangh telah diumumkan pada malam ini juga terletak di tangan Tuhan. Apapun, kemenangan ini tidak akan mengubah apa-apa tentang diri saya. Saya akan terus bekerja-keras seperti biasa. Saya akan terus berusaha untuk memperbaiki mutu lakonan saya. Saya akan terus kekal menjadi diri saya seperti mana yang orang kenali selama ini," katanya yang akan membintangi siri drama Jangan Pandang Belakang Congkak di Astro tidak lama lagi.

Shaheizy Sam (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik/Evolusi KL Drift)

"Saingan saya dalam kategori ini memang sangat-sangat hebat. Saya tidak jangka saya yang akan menang. Malang, setiap kali menjayakan sesbuah watak dalam filem yang saya bintangi, saya tidak pernah terfikir untuk meraih sebarang anugerah. Sebaliknya, saya sentiasa mahu memberikan yang terbaik terhadap mutu dan persembahan lakonan saya. Sebab, saya mahu penonton sentiasa berasa terhibur dan saya mahu mereka berasa berbaloi apabila membeli tiket untuk menyaksikan watak daalam filem yang saya lakonkan," katanya.

Norliana Shamsudin (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik/Adnan Sempit)

"Serius saya memang terkejut dengan kemenangan ini. Sebab saingan saya dalam kategori ini memang sangat sengit sekali. Semuanya adalah nama-nama yang cukup hebat dalam indusrri perfileman tanah air kita. Saya juga tertanya-tanya, dari sudut apa atau dari aspek mana saya terpilih. Tapi, say akui saya memang bekerja-keras untuk memberikan yang terbaik dalam lakonan saya. Alhamdulillah, nampaknya pihak juri mengiktiraf hasil kerja saya ini.

"Dengan kemenangan ini, ia membuatkan saya semakin bersemangat untuk meneruskan kerjaya lakon saya dengan lebih serius lagi. Malah, saya mungkin akan memberikan lebih fokus atau keutamaan terhadap lakonan berbanding pengarahan. Kebetulan, permintaan dan tawaran yang saya terima juga agak banyak. Saya tak pasti bila saya akan mengarah lagi. Tapi, saya tahu suatu hari nanti saya pasti akan kembali semula di dalam bidang pengarahan ini,"katanya.



Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.