Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


lagi kisah FFM23: Corat-Coret Menarik Sepanjang FFM23

Wednesday 27 October 2010 | 16:48:00 | 2 comment(s)

1. Acara permaidani merah FFM23 telah bermula sekitar jam 7.30 malam dengan alunan gamelan tradisional di perkarangan pintu masuk utama Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

2. Bahagian luar pintu masuk utama SACC telah dijadikan lokasi siaran langsung karpet merah FFM23 yang telah diacarakan oleh Iqram Dinzly, Raja Farah dan Faizah Elai. Acara siaran langsung disiarkan selama setengah jam menerusi Astro Prima (saluran 105).

3. Artis yang membuat persembahan termasuk penari dan dan 3 pengacara FFM23, Syarifah Syahira, Zizan dan Hezrie Hashim telah ditempatkan di 3 bilik persalinan di tingkat 1 SACC.

4. Pereka fesyen Khairi Sufi telah menyelamatkan keadaan apabila telah meminjamkan kemeja hitam miliknya kepada Detektif Stailista yang telah tertinggal persalinan hitam untuk disepadankan dengan jaket metallic ciptaan Syaiful Baharim.

5. Pelakon Mislina Mustafa telah mengejutkan ramai pihak dengan imej berkepala botak yang mengingatkan dengan karektor Syarifah Amani di dalam filem Muallaf. Bagaimanapun, Mislina berbuat demikian bagi menjayakan wataknya di dalam filem Zaiton Sameon.

6. Walaupun tidak tercalon, tetapi pelakon cantik Erra Fazira telah hadir menyerikan permaidani merah dengan persalinan serba ungu berkonsepkan moden dan edgy rekaan Rizman Ruzaini.

7. Salah satu lampu di laluan karpet merah telah meletup dan pecah hingga hampir mengenai beberapa jurukamera serta selebriti seperti pengarah Aziz M Osman serta isterinya yang telah berada di kawasan tumpuan berkenaan.

8. Ramai penonton yang terhibur apabila menyaksikan gaya persembahan Sharifah Shahirh dan Zizan Raja Lawak yang selamba apabila bertugas sebagai hos utama pada acara Malam Kemuncak FFM23.

9. Turut bertindak sebagai hos utama pada malam itu adalah Hezrie Hashim yang juga seorang deejay radio dan pengacara di radio dan televisyen RTM. Namun, ramai yang berpendapat yang dia tidak sesuai digandingkan bersama dengan Sharifah Shahirah dan Zizan.

10. Acara Malam Kemuncak FFM23 juga turut digelar sebagai acara Festival KRU Studios. Ini kerana bukan kemenangan saja yang didominasi oleh KRU Studios pada FFM23 kali ini tetapi juga dari sudut persembahan.

11. Bukan hanya setakat Diana Danielle saja yang beraksi dan membuat persembahan bersama Mawi menerusi lagu Penyembuh Rindu daripada filem Magika pada malam itu tetapi bekas kekasihnya, Syamsul Yusof turut berusaha menunjukkan kemampuannya membawakan lagu hip hop Evlusi KL Drift sambil melakukan rapping.

12. Ramai melabel Syamsul Yusof sebagai rapper wannabe pada malam itu. Sungguhpun begitu, ramai yang menganggap Syamsul kelihatan comel saat dia menangis sewaktu menerima kemenangannya sebagai Pengarah Filem Terbaik.

14. Syamsul Yusof juga turut dilabel sebagai anak emak kerana tidak henti-henti mengungkap nama ayah dan ibunya dalam setiap ucapan atau kata-katanya dan ramai yang sejuk hati bila melihat dia begitu.

15. Ada sebahagian penonton yang mempertikaikan kemenangan beberapa pihak di dalam FFM23 pada kali ini termasuklah Magika sebagai Filem Terbaik.

16. Gembira dengan pencapaian filem terbitan di bawah syarikat produksi MIG, produser David Teo telah membawa semua team pekerja dan pelakonnya untuk menikmati juadah di Hotel Concorde pada malam itu.

17. Seorang pengarah filem pendek muda terkejut apabila namanya tidak berada di dalam senarai pencalonan pada malam itu sedangkan sebelum acara kemuncak itu berlangsung, dia telah diberitahu oleh pihak penganjur bahawa filem pendeknya itu tersenarai dan telah diminta datang.

18. Di sebalik kegembiraaan Syamsul Yusof , dia juga sedih apabila datuk kesayangannya telah meninggal dunia pada jam 3 pagi.

19. Aktres Vanidah Imran datang lewat dan tidak sempat melalui permaidani merah. Dia menggayakan gaun malam ciptaan WanPa dengan hanya solekan nipis. Walaupun bagaimanapun, Vanidah telah berjaya memenangi Pakaian Terbaik bagi kategori wanita dan membawa pulang kalung mutiara Rafflesia Pearl Centre yang bernilai RM5,000.

20. Ramai tetamu VIP dan media merungut apabila lokasi post party terlalu sempit dan padat dengan tetamu lain yang tidak sepatutnya berada di kawasan berkenaan. Keadaan itu turut menyukarkan petugas media untuk melakukan kerja mereka khususnya mencari pemenang FFM23 bagi tujuan menemuramah mereka.

21. Pihak penganjur tidak meyediakan acara sidang media sebaik saja berakhirnya Malam Kemuncak FFM23.

22. Disebabkan lokasi post party yang sempit juga telah menyebabkan beberapa artis tidak boleh bergerak ke mana-mana. Malah lebih meyukarkan lagi apabila keadaan turut diganggu oleh peminat yang ingin bergambar dan dalam pada masa sama ditemuramah oleh pihak media.

23. Turut diadakan acara siaran langsung post party selama setengah jam yang telah bersiaran menerusi Astro Prima (saluran 105). Ramai penonton yang kurang berpuas hati dengan kredibiliti 3 pengacaranya mengendalikan acara karpet merah dan post party.



Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.