Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


sedih meninggalkan mak keseorangan

Monday, 4 October 2010 | 14:39:00 | 0 comment(s)

last week saya balik rumah. seronok sebab balik jumaat, bukan sabtu seperti sebelum ni. koko untuk pks dah tukar time latihan mingguan. so, sabtu bukan lagi hari koko saya. and saya tak duty last week sebab last two weeks saya dah duty. habis kelas pukul 1230, saya terus naik bas balik rumah. perut lapar minta diisi. so, saya ingat bila turun kl sentral saya nak makan kfc. saya teringin sangat nak makan fast foods. tapi saya tak tahu yang jalan akan jam. 230 saya ada appoinment dengan nyss, so saya dah terlambat. terpaksa lah tahan lapar. after 2 hours, pukul 5 lebih saya naik lrt from klcc balik rumah. tak sabar nak makan. balik je, hampa tau. no food to eat. lupa mak tinggal seorang, so, mestilah tak masak. makan bungkus je. aduh, perut lapar, minta diisi. jenguk peti ais, tak ada apa apa. bukak freezer, ok, ada daging burger. keluarkan terus masak. tapi perut lapar lagi. memanglah, makan tu je mesti tak kenyang. so, saya masak nasi, goreng telur. nasi dah masak, saya terus makan, dan saya kekenyangan.
mak time tu tengah ajar tuisyen kat anak murid dia. habis je tuisyen, mak ajak makan luar. alamak, perut dah kenyang. tapi, saya tetap kata okay sebab makan luar. huhu. pukul 8 lebih, pergi rumah bi, kawan kakak saya yang akan fly balik ke poland esoknya. nak bagi barang kakyong. keadaan gelap, pusing pusing, susah pulak nak cari. susah betul nak jumpa. akhirnya dah calling calling, jumpa pon. lepas tu, mak terus bawa pergi makan kat sate r&k. aku prefer makan sate sebab kenyang lagi. mak makan nasi paprik. sedapnya. huhu.
terasa sangat kenyang. but, nafsu makan saya memang kuat time time tengah cuti ni. hehe. saya ingat nak stay up buat kerja, tapi saya sangatlah mengantuk. so, lepas kemas kemas, saya terus masuk tidur.
hari sabtu saya, saya tolong mak kat dapur. anak murid mak nak datang buat kerja kursus akaun. kesian diorang sebab ada kerja kursus. time dulu mana ada. kena buat dokumen sendiri and create satu perniagaan based on modal yang diberi. pening kepala mak, sebab cuma ada 2 bulan je. so, 4 anak murid mak ni tidurlah rumah kitorang gara gara nak siapkan kerja kursus. malam tu baru aku start buat kerja. petang aku habiskan masa dengan tengok tv. sedih rasanya sebab tak dapat tengok 2 last episod cerita can't buy me love (drama tvb). cerita tu best gila. minggu ni aku tak dapat balik. so, tak dapat tengok ulangan. huu.
semalam, nak balik uitm, sedih rasanya. sebab kena tinggalkan mak sorang sorang. ayah still kat sabah. anak anak semuanya tak ada. kakyong kat poland, saya kat shah alam, kakcik kat jengka, ecah kat sekolah sains. semua ak ada. tinggal mak sorang sorang, sunyi tak ada teman. time salam mak, mak ucap thanks sebab teman kan mak weekend ni. rasa sedihnya. macam manalah mak bila dah sampai rumah. takut je mak menangis sebab tak ada orang. ='(
okaylah, saya tak nak taip panjang panjang sebab nanti air mata saya tumpah lagi. chow!


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.