Ka-ching Ka-ching! Hello There! Shout To Me No Harsh words allowed here. Thank You Big Thanks
|
Tips hari ini : Penjagaan Rambut
Sunday, 10 October 2010 | 00:29:00 | 0 comment(s)
Dah lama tak berkongsi tips dengan bloggers. disebabkan mata pun dah mengantuk, berat gila macam tak boleh nak buka. tersengguk depan laptop. asalnya nak cari maklumat untuk assignment, pandang skrin, mata tuptup terpejam. aik, saya pandang skrin atau skrin pandang saya? huhu. saya dah tak tahan dah. carilah apa apa bahan untuk menulis blog. i found this tips dalam majalah. so, ingat nak kongsi dengan semua. sharing is caring. caring is loving. ;)
kenal pasti masalah rambut: Hujung rambut bercabang dikenali sebagai trichoptilosis. Hujung rambut yang rosak akan terbelah menjadi dua atau tiga cabang sepanjang dua hingga tiga sentimeter. Rambut sebenarnya mempunyai gentian semuala jadi dan protein. Ia juga akan kehilangan imunisasi semula jadinya untuk mengelakkan kerosakan yang disebabkan bahan kimia. Rambut akan menjadi kerinting, mudah putus dan bercabang. Keadaan bertambah buruk sekiranya mendandan rambut dengan orang yang kurang berpengalaman dalam teknik mengerinting atau pewarnaan rambut. Menurut kajian, kira kira 10% remaja mengalami masalah rambut akibat daripada mendandan rambut. Apabila tidak cukup tidur atau dalam keadaan yang letih, rambut akan kehilangan nutrien yang diperlukan. Rambut juga mudah bercabang, hilang kekenyalannya dan mudah putus. Tidak perlu menyikat rambut dengan kuat kerana ia akan menyebabkan kerosakan pada rambut. 10 tips untuk gadis bertudung: 1. Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut. Jika boleh dapatkan nasihat daripada pakar. Jika ingin membeli syampu di farmasi, tanyalah kepada jurujual di situ terlebih dahulu. 2. Jika memakai tudung kepala, pastikan rambut dikering terlebih dauhulu bagi mengatasi masalah kelemumur, rambut berbuah atau rambut berbau. 3. Semasa mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Jangan menggosok rambut dengan kasar. 4. Untuk mengembalikan kesegaran rambut, sapukan rambut dengan santan. Kemudian balut dengan tuala dan biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih. Untuk mendapatkan kesan terbaik, amalkan kaedah ini seminggu sekali. 5. Sebelum bertudung, rambut perlu disikat agar tidak kusut dan bersimpul. Secara tidak langsung ia akan menggalakkan pengaliran darah di bahagian akar rambut dan kulit kepala. 6. Untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala yang optimum, bilas rambut dengan menggunakan air sejuk. 7. Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala dengan potongan limau purut yang telah dihangatkan. Kemudian bersihkan rambut dengan syampu anti kelemumur. 8. Bagi rambut berminyak, pilihlah syampu yang boleh digunakan setiap hari. Antara faktor yang menyebabkan rambut menjadi berminyak ialah ketidakstabilan hormon, stress, cuaca panas, dan amalan pemakanan yang tidak seimbang. 9. Sikat rambut bila perlu sahaja. Amalan terlalu kerap menyikat rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan. Elak menyikat rambut dengan kasar dan belailah rambut dengan lembut. 10. Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tidak mudah kering dan kusam. Sebaiknya keringkan rambut secara semula jadi. |