Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


final exams: fourth paper

Friday 5 November 2010 | 22:37:00 | 6 comment(s)


salam bloggers! lupa pulak nak update pasal exams. baru teringat. huu~ paper audit pun dah lepas semalam, 2 paper je lagi. isnin ni ada paper tax 2, khamis, paper financial accounting.

semalam, buat pertama kalinya, tempat exam saya kat luar. sebelum ni sama ada DSB atau dewan annex je. tapi semester ni, lain sikit. first paper hari tu dekat fakulti art and design. semalam, dekat dewan raja muda musa. tak seronok rasanya jawab paper kat luar ni. susah. kalau saya ada transport, tak apalah jugak. memang uitm ada provide bas, tapi ramai sangat. satu bus je provide kat bus stop mawar and saya tak tahu bas tu ada pukul berapa. takut terlepas bas pulak. so, naik teksi la nampaknya. 1st time tau contact pakcik teksi kenari suruh bawa pergi DRMM. tapi bukannya teksi kenari pun. pakcik tu bawa waja. sepanjang dia bawa tu, sakit hati je rasanya. pakcik ni suka bebel la. cakap banyak sangat. macam perli pun ada. ala, sikit je macam nak besarkan pulak. terseksa rasanya duduk dalam tu. terlalu ramah, tapi buat saya tak selesa. hmm.
balik naik bas uitm la. tak ada maknanya nak naik teksi. nasib baik sempat. kalau tak kena tinggal la. sebab satu bas je. yang lain tu bas ke seksyen 7, 2. berdiri pun berdiri lah.

rasa lega sikit bila dah lepas paper audit. for me, rasanya ni lah killer paper. semuanya fakta. and most words dalam audit ni tak pernah dengar. susah jugaklah nak faham. kalau bukak kitab audit yang tebalnya macam kamus ensiklopedia ni, setebal 600+ pages, memang peninglah nak baca. baca sikit je tak faham. kira ok jugaklah jawab semalam. walaupun ada lah jugak sangkut sangkut. but at least, ada jugak tulis, walaupun hentam. :)

okay, nak kena focus kat taxation pulak. subjek ni pun boleh tahan susahnya. sem lepas saya boleh skor sebab lecturer sangat best. sem ni harap harap at least dapat B pun bersyukur sangat.



Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.