Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


Irma Hasmie Tak Mahu Campur Urusan Nabil Lagi!

Wednesday 3 November 2010 | 10:35:00 | 0 comment(s)

KUALA LUMPUR, 3 NOV 2010: Hubungan cinta yang sebelum ini terjalin di antara pelakon Irma Hasmie dengan pelawak terkenal, Nabil nampaknya sudah pun berakhir atau menemui titik noktah. Namun, masih ramai tidak tahu apakah punca sebenar mereka tidak lagi bersama.

Padahal sebelum ini, ramai yang cukup menggemari pasangan ini dek kerana kemesraan dan keserasian yang ditonjolkan mereka. Apa lagi, bila mereka dilihat tidak begitu melebih-lebih setiapkali membicarakan soal yang berkaitan dengan hubungan cinta mereka.

Jadi, apakah status pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pencarian gadis jelita dengan Nabil sekarang ini? Kerana Nabil mendakwa dia dan Irma masih lagi bersama sebagai pasangan kekasih. Apakah Irma masih tetap untuk tidak berubah daripada pendiriannya?

"Ya, saya memang tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan Nabil. Insya-Allah, setakat ini, keputusan saya tidak akan berubah. Jawapan saya masih lagi sama. Tentang hal Nabil yang mengatakan kami masih lagi pasangan kekasih..itu kena tanya dia sendiri.

"Terus-terang, saya sendiri tak tahu kenapa Nabil boleh menjelaskan kepada media dengan jawapan sebegitu. Sejujurnya, saya tak mahu masuk campur dengan hal-hal yang berkaitan dengan Nabil lagi.

"Walau macam mana ditanya sekalipun, jawapan saya tetap sama. Saya minta maaf sangat-sangat kepada pihak media dan peminat. Saya tak mahu cakap lebih-lebih lagi. Apa yang penting sekarang ini, saya tak mahu cakap dan tak boleh cakap apa-apa," kata Irma.

Meneruskan penjelasan, Irma mengakui, keluarganya adalah orang yang pertama sekali mengetahui keputusan dia tidak lagi mahu bersama Nabil.

"Sebagai anak,kalau boleh saya tak mahu libatkan famili dalam soal ini. Saya sayang keluarga saya dan sudah semestinya saya tak mahu menyusahkan mereka. Kalau boleh, saya tak nak mereka tahu akan kesusahan yang saya alami ini.

"Saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang keadaan saya sekarang ini. Saya harap, cerita ini tidak diungkit lagi. Saya mahu peminat dan media faham suara hati saya.

"Masa saya jelaskan pada akhbar berkenaan, saya dah tekad bahawa saya tak nak simpan perkara ini lama-lama. Sebab itulah saya terus jelaskan segalanya pada wartawan tersebut," jelas Irma.

Dalam masa yang masa, Irma menyatakan setakat ini dia tidak lagi terfikir sama ada dia berani atau tidak untuk bersemuka dengan Nabil memandangkan mereka masing-masing tidak boleh lari dari terserempak atau terjumpa di majlis yang sama.

"Jumpa atau tidak, itu saya tidak pasti. Buat sementara waktu, saya tak nak fikir semua itu. Saya tak mahu cakap banyak. Bila saya cakap banyak, bermakna saya mengundang peluang orang ramai untuk membuka mulut dan mengata hal yang bukan-bukan pasal kami.

"Saya tak mahu perkara ni meleret. Cukuplah sekali. Untuk pengetahuan semua, saya bersyukur saya masih lagi sihat dan boleh meneruskan kerjaya saya sebagai pelakon dan pengacara," ujar Irma yang baru saja tamat menjalani penggambaran telemovie Love Nora sebagai pelakon undangan.




Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.