Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


ingin mendapatkan kuku cantik?

Sunday 26 December 2010 | 20:32:00 | 3 comment(s)

salam bloggers! hari ni nak buat entry pasal kuku pulak. penjagaan kuku dan masalah-masalah kuku. jom baca :)



...............

masalah kuku yang sering kali mencacatkan penampilan diri:

1. kuku lebam
  • terjadi disebabkan oleh darah membeku di bawah lapisan kuku. ianya mungkin disebabkan luka, lebam tersepit pintu dan sebagainya. masalah ini akan hilang dengan sendiri apabila bekuan itu kembali normal.
2. kuku berubah warna
  • kuku menjadi kekuningan, biru dan berkemungkinan merah akibat peredaran darah yang tidak lancar. ini juga tanda kuku kurang sihat dan keadaan jantung yang bermasalah. perubahan warna pada kuku juga menjadi kayu pengukur terhadap daya ketahanan tubuh.
3. kuku menjadi putih
  • permukaan kuku yang putih terjadi disebabkan kutu air atau luka lain yang terjadi. dalam perubatan, ianya dipanggil 'leuconychia nails'. masalah ini dapat diatasi dengan pertumbuhan kuku baru atau menggunakan kuku palsu.
4. kuku nipis
  • kuku sebegini memiliki lapisan kuku yang nipis dan rapuh. ianya terjadi disebabkan oleh diet yang tidak teratur atau sistem saraf yang kurang baik. untuk mengatasinya, dapatkan rawatan kuku secara rutin dan menggunakan produk perawatan kuku yang sesuai.
5. kuku mudah patah
  • kuku ini bukan sahaja nipis malah mudah menggelupas. gunakan produk perawatan kuku yang dapat memperkuatkan keadaan kuku dan seterusnya memperbaiki lapisannya.
.................

10 panduan mendapatkan kuku yang cantik:

  • hiris buah belimbing masak, cuci kuku dengan buah belimbing tersebut. gosok buah tersebut di permukaan kuku sehingga berkilat dan diakhiri dengan air suam.
  • amalkan pengambilan kalsium dalam menu setiap hari.
  • sapukan losyen atau pelembap sebelum tidur.
  • amalkan memotong kuku secara berkala dengan pengetip kuku yang sempurna dan tajam. alatan pemotong yang tumpul menyebabkan kuku tidak sekata dan mudah dijangkiti kuman.
  • elakkan daripada menggigit kuku. ianya bukan sahaja mencacatkan kuku malah menunjukkan kurang keyakinan diri.
  • balut kuku dengan serbuk kunyit selama seminggu apabila tidak melakukan apa-apa kerja. ini dapat membantu kuku daripada menjadi hitam dan berbau busuk.
  • ambil sebiji limau nipis dan hiriskan. ramas buah limau tersebut dalam semangkuk air suam. rendam kuku di dalam air tersebut beberapa minit. kemudian bilaskan dengan air dan keringkan.
  • gosokkan ubat gigi pada kuku dengan menggunakan berus gigi yang tidak digunakan lagi atau span untuk menghasilkan kuku yang cantik terutamanya kuku kaki.
  • kuku kaki mudah terdedah kepada habuk. oleh itu, basuh kaki dengan sempurna menggunakan sabun. selain itu, boleh juga merendamkan kaki dengan air suam bersama dengan titisan minyak zaitun untuk melegakannya di samping melembutkan kuku kaki.
  • gunakan minyak badam untuk merawat dan mencantikkan kuku.





Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.