Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


istimewanya seorang wanita..

Friday 31 December 2010 | 17:20:00 | 3 comment(s)

22 keistimewaan wanita:
  • doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat wanita yang penyayang lebih daripada lelaki. ketika ditanya Rasulullah saw, baginda menjawab, 'ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia.'
  • wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh.
  • seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  • siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang sentiasa takutkan Allah swt dan orang yang takutkan Allah swt akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada lelaki. barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
  • tidaklah seorang wanita yang haid itu kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah - segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa", maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah mengangkatkannya ke atas darjat seperti darjatnya 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah sepanjang haidnya.
  • wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah saw di dalam syurga.
  • barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara pemepuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa dan bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  • daripada Aisyah r.ha. "barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
  • syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • apabila dipanggil oleh dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  • Aisyah r.ha. berkata "aku bertanya kepada Rasulullah saw siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" jawab baginda: "suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah saw, "ibunya."
  • seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan dalam bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki.
  • setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
  • apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1000 kejahatan.
  • dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
  • wanita yang hamil akan mendapat pahala beribadat pada malam hari.
  • apabila seseorang perempuan melalui sakit hendak bersalin, maka Allah swt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah swt.

psst: memang beruntung jadi wanita kan? saya bersyukur dilahirkan sebagai perempuan..^^


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.