Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


pasangan Razif juara mari menari musim pertama

Sunday, 19 December 2010 | 09:37:00 | 1 comment(s)



KUALA LUMPUR, 19 DIS 2010: Selepas bertarung selama 10 minggu berturut-turut, pasangan Razif meraih kemenangan sebagai juara pertama Mari Menari (MM) sekaligus tepati ramalan ramai.

Malah, Razif atau nama sebenarnya Raziff Abd Rahmah, 26 dan isterinya Alia Nadira Ahmad Zubir , 25 atau Alia seakan sudah mengetahui petanda kemenangan sebaik saja juri profesional iaitu Joseph Gonzales menyifatkan persembahan mereka menerusi lagu latin sebagai persembahan sang juara.

"Terima kasih kepada pihak Astro kerana memilih kami sebagai peserta. Terima kasih juga kepada penasihat saya iaitu Lisdawati dan koreografer yang banyak membimbing kami sampai ke tahap ini. Tidak lupa kepada pengundi kami yang banyak menyokong kami. Syukur, segala pahit getir yang kami alami sepanjang dalam MM berbaloi dengan kemenangan ini," ujar Razif mewakili isterinya Alia.

Dengan kemenangan ini, pasangan Razif yang baru 7 bulan bergelar suami isteri menerima hadiah utama berupa kondominium mewah bernilai RM350,000 di Ipoh, Perak beserta sebuah trofi. Pasangan ini turut menerima hadiah bonus dari pihak Astro iaitu percutian ke Bali tajaan hotel Hard Rock Bali.

Dalam pada itu, pasangan Razif yang mendapat undian sebanyak 52% meninggalkan naib johan MM iaitu pasangan Ariz dengan undian 48% menyangkal dakwaan bahawa mereka bermasam muka dengan peserta MM yang lain.

"Sepanjang kami menjadi peserta, banyak orang berkata tentang kami.Kami pun dapat tahu ada peminat peserta lain yang mendoakan kami agar terkena badi program Sehati Berdansa iaitu bercerai. Apapun, kami tak fikir apa-apa. Kami semua baik dengan peserta lain selain menganggap mereka semua sebagai keluarga kami sendiri.

"Apa yang kami tahu, selangkah kami masuk ke Astro adalah untuk menunaikan tanggungjawab kepada penyokong kami dalam MM. Kami hanya mahu membuat yang terbaik buat peminat dan keluarga.

"Kami menganggap ini sebagai hadiah perkahwinan kami bersesuaian dengan hasrat ayah saya yang turut menganggap kemenangan ini sebagai hadiah istimewa perkahwinan kami.," kata Razif lagi.

Sementara itu, sebelum pasangan Razif dan Ariz berentap untuk merebut gelaran juara, 2 pasangan lagi yang berjaya ke peringkat akhir MM iaitu pasangan Fahmi dan Zul terpaksa akur dengan keputusan undian apabila mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada kemuncak MM yang diadakan secara langsung di Studio 1, Astro Bukit Jalil, malam tadi.

Pasangan Zul meraih tempat ketiga dengan menerima sebuah trofi dan sejambak bunga. Manakala, pasangan Fahmi pula mendapat tempat keempat yang turut menerima sebuah trofi dan sejambak bunga.

Kemuncak MM turut dimeriahkan dengan persembahan Adira yang menyampaikan lagu tema drama Awan Dania 3 iaitu Ilusi. Penyanyi terkenal dari seberang, Ahmad Dani turut diundang khas dengan menghiburkan penonton MM.

Setiap koreografer yang terlibat sepanjang musim pertama MM turut mengadakan persembahan tarian bersama penasihat tarian, Adam Korie. Penasihat dan juri MM iaitu Erra Fazira, Lisdawati, Ferhad dan Zul Huzaimy pula menggamatkan suasana dengan persembahan tarian dan nyanyian.

sumber: murai



Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.