Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


diserang lelaki 'gila'?

Friday, 4 March 2011 | 20:35:00 | 2 comment(s)

salam bloggers!

it's friday night and i'm home!! yippie.. it's good to be home. :)

lately ni my homesick menggila. asking me to go home every week. but last week, kena tahanlah coz ada test start ahad tu until selasa lepas. hee~

okay, tak nak cerita pasal homesick. bosan ah cerita tu xp

tadi teringat sesuatu. terus nak buat entry pasal tu.

benda ni terjadi waktu kecil dulu. sekolah rendah lagi masa ni. tak ingat darjah berapa. darjah 4/5 rasanya. macam biasalah lepas balik dari kelas mengaji pagi tu dalam pukul 10, mesti pergi kedai. jalan kaki dengan adik.

biasa kitorang pergi beli milo ais kat kedai mamak ni. tapi hari tu kitorang cadang nak pergi kedai alat tulis je. dah beli alat tulis, kitorang berdiri kejap dekat dengan kedai alat tulis tu. nak masuk duit dalm wallet. dekat situ ada seorang lelaki ni. dengar dia cakap, 'duit, duit, duit'. kitorang dah takut, cepat cepat blah dari situ. nak tahu, lelaki tu ikut kitorang. apa lagi, lari lah kitorang dengan berbaju kurung. tak tahu apa lelaki tu baling. tapi kena kat kaki saya. ada bunyi pop. pedih sikit la. tapi tak luka apa apa. i don't know apa benda tu. kitorang lari sambil sambil pandang belakang. takut laki tu ikut kitorang lagi. kitorang lari masuk kat kedai serbanika dekat dekat situ. menyorok dalam tu. tuan kedai tu pelik sikit tengok kitorang. tapi dia tak tanya apa-apa. muka kitorang dah pucat sangat dah. nak keluar takut lelaki tu ada. lama sikit baru kitorang keluar. lega, laki tu dah tak ada. terus kitorang cepat cepat balik rumah. time tu memang takut giler. nasib baik tak jadi apa-apa.

memang tu pengalaman yang tak boleh dilupakanlah. and petang tadi lepas turun dari lrt setiawangsa, i walk balik rumah. time balik tu ada seorang laki ni. dia jalan depan sikit dari saya. tapi tiba tiba tak tahu mana dia pergi. saya jalan jelah macam biasa. dah turun tangga, saya jalan cepat cepat. tiba tiba saya rasa takut. then saya dengar bunyi orang turun tangga situ. makin laju saya jalan. bila nak lintas saya pandang belakang. and it was that guy. lagi cuak. saya takut lah kalau kalau dia ada niat jahat. bibir saya dah pucat dah. dalam hati tak henti henti berzikir. saya takut dia ekori saya sebab dia tak nampak macam orang baik. tak tahulah perasaan ke apa. but entah tiba tiba saya rasa takut semacam. cepat cepat masuk rumah. tengok kat simpang jalan, lelaki tu adalah. sebelum tutup pintu tengok lagi, lega laki tu tak ada. fuh~

saya tak tahu kalau lelaki tu ada niat jahat ke apa atau saya je fikir macam tu. but sebagai perempuan kan kita kena berjaga jaga. macam macam boleh jadi sekarang ni.


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.