Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


maaf, saya dah tak boleh percaya dia

Wednesday, 2 March 2011 | 21:57:00 | 2 comment(s)

salam bloggers!

sorry, entry bulan lepas sangat sikit. tak ada masa nak update. bila nak update, tak perasan dah masuk bulan mac rupanya. hee~

ini adalah entry pertama saya bulan mac. :)

saya sayang kawan saya. and percaya dengan kawan saya. tapi satu perkara buat saya rasa bengang and buat saya rasa susah nak percaya kawan dah. saya anggap dia sebagai kawan and tolong dia bila dia dalam kesusahan. tapi macam nilah dia buat saya. maaf, susah saya nak percaya dia lagi.

dia ask for my help. minta pinjamkan duit. at first saya rasa pelik jugaklah kenapa dia nak minta saya pinjamkan duit sedangkan saya tak berapa rapat dengan dia. cuma pernah satu kelas je. tapi saya tak berani nak tanya. and i was shocked yang dia minta saya pinjamkan a huge amount of money. okay, time tu saya lagi pelik. tapi bila fikir balik time tu memang hujung bulan and dia duduk rumah sewa. so i thought dia pinjam sebab nak bayar duit sewa rumahlah kan. dia mestilah tak berani nak minta housemates dia sebab diorang pun nak bayar duit sewa jugak. so, saya bagilah pinjam. kesian kat dia sebab dia kata penting sangat. saya seorang je boleh tolong. dia promise untuk bayar balik.

and until sekarang dia tak bayar lagi. saya mesej dia, remind pasal pinjam duit tu. dia kata dia ingat. saya terpaksa force dia untuk bayar balik duit tu sebab it's huge amount. adik saya pun marah saya bagi pinjam duit banyak. my friends bila dapat tahu saya pinjamkan duit, lagilah bising. beraninya saya bagi pinjam duit sebanyak itu and sampai sekarang tak bayar lagi. actually bukan saya tak nak minta sebelum ni, but malulah nak minta hutang kat orang. saya cuma harap dia akan bayar sendiri tanpa disuruh. saya sendiri pun tak tahu dia ni cukup duit ke tak nak bayar secepat mungkin. tapi saya baru dapat tahu yang dia involve dalam business. and baru je dapat duit yang banyak jugak. tapi kenapa dia tak nak bayar lagi? itu yang buat saya rasa geram.

dah tu, saya dapat tahu jugak yang dia ambil ptptn. and duit pinjaman yang diterima pun memang banyak. bawa kereta pergi kelas. tapi kenapa tak nak bayar? saya tak kisah dia bayar ansur asalkan dia bayar. tapi bila dia reply mesej saya kata tak cukup duit, abis yang dia baru dapat duit tu apa? and kenapa bila saya tanya dia dapat ptptn dia tak nak reply langsung dah? housemates dia pun dah tak percaya dah dengan dia tu. apatah lagi saya. lagi lagi bila dapat tahu yang mungkin duit yang saya bagi pinjam tu untuk dia labur dalam bisnes dia. bila dia buat macam ni, lagilah saya tak boleh percaya.

cuma saya harap sekarang ni, apa yang saya fikirkan tentang dia salah. saya risau kalau dia cuba tipu saya. and kalau betul dia tipu, maaf duit tu saya tak akan halalkan..


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.