Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


semester 4: precious moments with them ♥

Saturday, 16 April 2011 | 17:17:00 | 0 comment(s)

salam bloggers!

kelas dah habis. lega rasanya. huu~ macam la dah habis final. padahal final 2 minggu lagi. tadi pun lepas habis test maf, terasa lapang. macam betul betul dah merdeka. macam dah habis je kan. haha~

okay, patutnya saya di rumah sekarang bersama family tercinta. tapi disebabkan video korea tak start pun lagi and kena hantar isnin, saya terpaksa lah tunda balik hari selasa pagi kot. nak balik esok, boleh je. tapi bila minta mak boleh tak kalau nak drive isnin pagi tu, mak tak bagi. sebab takut jadi apa apa. okay, saya saya masih lagi P. and saya tak pernah bawa kereta lagi lepas dapat lesen 2 bulan yang lepas. mmg la mak tak bagi kan. konon yakin je nak bawa. hah, bawa sekali terus gelabah. huhu~

esok dengan lusa hari main main. selasa la baru nak start belajar. esok 1 kelas pergi rumah safwan, dia buat bacaan yasin sempena final ni. patut tumpang kereta tiqa tapi tak balik kan, nasib baik kereta syaf kosong lagi. so, saya tumpang dia. lusa pulak lagi tak sabar. kitorang nak pergi berkelah. kat bagan lalang. excited! :D..

tadi minta mak datang, bawakan barang2 saya. saya nak pakai wedges esok, lama tak pakai. minta mak bawa topi and baju sekali untuk berkelah nanti. huu~ cian mak, dah lah penat. tapi saya minta mak datang. kalau mak tak datang pun hari ni, ingat esok lepas kenduri rumah safwan nak balik la sekejap. tapi mak dah datang, tak pe la. tak jadi. huu~

eh, macam lari je entri dengan tajuk. terbabas jauh sangat la plak. nak buat intro cikit je tadi. syok sangat taip. lama tak update blog ni. readers pun mesti dah bosan. huu~

semalam, last class untuk semester ni. to my H classmates, seriously, saya tak pernah rasa segembira ni. korang sangat best. 4 months together buat saya rasa sayang sangat kat korang. semseter depan kita satu kelas lagi eh. tak nak kelas lain lain. nak dengan korang je. huu~

okay, actually nak letak gambar banyak lagi. tapi ni je yang saya ada. kamera am punye tak de lagi. gambar time kelas crg pun saya tak de lagi. lupa nak minta waheeda.

scroll down more for more pictures :D



cakapdalamhati; 'The best relationships come from the best friendships.' ♥ =)


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.