Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


4 days and 3 nights: kl to jakarta to bandung to jakarta to kl

Thursday, 2 June 2011 | 11:37:00 | 0 comment(s)

salam bloggers!

baru ada peluang nak update blog ni. kelmarin baru balik dari bercuti ke bandung. letih tak hilang lagi, tidur tak cukup tapi tidur lambat je tau. bila da tido lambat tu, confirm la bangun pun lambat. huu~

sabtu lepas saya pergi bercuti ke indonesia with my family dengan family pakcik salim (kawan ayah). 11 orang semuanya, kitorang 7 orang, family pakcik salim 4 orang. 1 malam kat jakarta dulu baru pergi bandung. flight ke jakarta pukul 4.30 petang. naik KLM flight. compare dengan kita punya pramugari and pramugara, diorang punya tak muda muda macam kita. ada yang nampak tua. satu benda yang saya suka tengok diorang ni, pakaian diorang tu. skirt pramugari labuh tau. paras bawah lutut. ada jugak pramugari yang pakai seluar. compare dengan pramugari kita, skirt pendek. seronok jugaklah sebab naik flight international. sebelum ni pernah sekali balik dari sabah tahun lepas. huu~

day 1
bertolak dari rumah 1.30. sampai kat klia pukul 2.30. solat dulu, then pergi makan. nak tau, my sis kata she saw lisa surihani weh kat airport. gosh, saya minat giler dengan lisa. but saya tak perasan dia. kecewa kot. huu~ naik flight pukul 3.50 petang. it takes only 2 hours and 30 minutes. sepanjang perjalanan, saya dengar lagu je. waktu jakarta satu jam lewat dari waktu malaysia. sampai airport jakarta, kitorang disambut oleh pak jais yang jadi pemandu pelancong kitorang sepanjang percutian ni. orang ramai kot. rasa rimas pulak. sebelum check in hotel, kitorang pergi makan dulu. lapar ni. perut pun dah berkeroncong. habis makan, around 10 lebih waktu malaysia kitorang sampai hotel. terus tidur, dah tak larat dah. mengantuk weh.





day 2
pagi lagi kitorang dah bertolak pergi bandung. sepanjang perjalanan tu, pak jais tak henti henti bercerita dengan cerita lawak dan teka tekinya yang sangat kelakar. tak tahan gelak weh. terfikir, tak penat ke pak jais ni, asyik cakap je. tak henti henti. cerita dia langsung tak membosankan.

badan yang masih lagi terasa letih buat mata pun jadi berat. tidur je lah sepanjang perjalanan. dah sampai bandung, pergi makan dulu baru check in hotel. petang tu sambung jalan lagi. kitorang dibawa pergi fashion outlet. banyak baju baju murah jual sana. saya berkenan sangat dengan baju tidur ni, tapi sayangnya saya tak beli and bila saya teringat balik rasa menyesal pulak tak terus beli je. huu~ ayah dah bagi setiap seorang dari kitorang 3 beradik duit, nak beli apa beli je lah. antara semua, saya memang paling sikit guna duit. diorang shopping, saya tak shopping weh. tak tahu nak beli apa. sudahnya, hari tu langsung tak beli apa-apa.

dah penat berjalan, terus pergi makan. makanan kat sini kalau tak ada ayam memang tak sah. asyik asyik ayam, sampaikan boleh jemu tau. huu~ dah makan, terus balik sebab dah letih sangat. berjalan berjam-jam. esok masih ada lagi.









































day 3
terlewat bangun kali ni. sebab dah letih sangat kan. pagi tu kitorang terus dibawa pergi ke pasar baru. kat sana banyak barang murah. disebabkan kena jaga opah dengan opah wah, so agak susah sikit nak cari barang untuk diri sendiri. last last, saya cuma beli tshirt untuk saya and beberapa kawan. quite ok la. murah. 4 tshirt saya beli dengan harga 91,000 rupiah. kalau convert ke duit malaysia memang sangat murah lah tu kan. kitorang diberi masa cuma 4 jam je. tak sedar pun masa berlalu dah 4 jam. terus pergi makan, balik hotel untuk solat dulu. terus sambung berjalan lagi. kitorang berpecah dengan family pakcik salim. kitorang nak pergi fashion outlet rumah mode, nak cari lagi baju untuk shopping. tapi macam tu jugaklah. tak berkenan. window shopping je lah.

dah habis tu, kitorang terus pergi kat kedai kedai berdekatan hotel tu je. kat situ kawasan popular budak sekolah la. sebab sepanjang jalan, semuanya kedai aladin, tarzan, spiderman, wonderwoman, macam macam lagilah. beli lagi 1 tshirt bandung. tapi guna duit ayah. huu~ beli beg bandung buat kenangan. cantik beg dia. mak tawar menawar. 10 beg tu dapat harga 50000 rupiah je. dah penat berjalan, saya dan adik2 saya singgah mcd jap. beli aiskrim. mcflurry situ kecik je tau cup dia. and tak ada oreo. kat situ yang ada choco denagn warna warni. saya beli choco punye. tak berapa sangat la. oreo lagi sedap. huu~

malam, terus pergi makan. masing masing makan sikit je. dah penat sangat. balik hotel terus. ikutkan hati nak terus tidur, tapi kena packing barang dulu sebab nak balik dah esok. pening kepala nak susun macam mana. try tshirt yang beli tadi, tau kecik rupanya. bila ukur nampak ok. tapi muat je pun. tak de lah kecik sangat. cuma risau kalau kawan punye nampak kecik jugak bila pakai. harap-harap muatlah eh.

day 4
pagi lagi kitorang dah bergerak ke jakarta. berjalan dulu kat mangga dua. sana lebih kurang sungai wang la jugak. punyalah ramai orang. kitorang cuma ada masa 1 jam setengah je sebab nak pergi airport terus takut tak sempat. mak belikan kitorang telekung and adik saya beli sling bag. lawa beg dia. saya macam suka satu beg ni tapi saya lagi suka kalau beg tu sling beg punye. tapi beg tu jenis pakai kat belakang la. saya dah ada. so tak beli lah. bila nak keluar tu, sesat tau. tak ingat nak keluar arah mana. pusing sana, pusing sini. kejar masa kan. jalan pun laju je. bila kejar masa tu, saya hampir nak mengamuk, marah orang orang kedai tu. sebab dia tegur tak tentu pasal. saya yang tengah tak ada mood tu apa lagi makin panas la. dah la tempat pun panas. sabar je lah.

sampai airport cepat cepat check in. tunggu servis wheel chair punya lah lama. kitorang berkejar nak solat dulu sebab flight pukul 6.50 petang waktu jakarta. 630 sana dah masuk magrib. dah solat terasa lapar sebab makan tengahari tu sikit giler. kenyang makan sarapan pagi tu terasa lagi. lagipun asyik makan lauk yang lebih kurang sama je. perjalanan kali ni lebih pendek dari hari tu. tak silap 2 jam je dah sampai. terasa tak mengantuk pulak bila dalam flight. tengok cerita je lah. dah sampai, terus tunggu pak long ambil. dalam kereta semua dah terlena, saya je belum. sampai rumah, ingat nak rehat jap. last last tertidur. terjaga pukul 230 pagi. terus solat sebab belum solat lagi. sambung tidur pukul 330 pagi.

..........
4 hari tu rasa macam tak cukup je. terkejar sana sini. but still puas la. sebab dapat berjalan jauh. :)

cakapdalamhati: lambat giler nak upload gambar gambar ni. ada banyak lagi. i'll upload later ok.



Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.