Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


juara aF9 milik hazama

Monday, 13 June 2011 | 02:53:00 | 2 comment(s)

salam bloggers!

akademi fantasia baru je melabuhkan tirainya. juara terakhir dah dijumpai. tiada lagi akademi fantasia selepas ni. rancangan realiti yang pernah memberi fenomena yang besar. walaupun AF tak sehangat dulu, tapi AF still lagi ada peminat kan.

dulu saya memang minat la dengan program realiti no 1 ni. setiap musim mesti saya ada peserta favourite saya sendiri. AF1 tak tengok. AF2-kaer, nurul. AF3-mawi. AF4-tak ingat da. tapi rasanya ada. huu~ AF5-heliza, shawal. waktu ni tak tengok sangat sebab time tu sekolah asrama. ingat lagi, tengok final pun kena gilir gilir dengan budak laki yang nak tengok bola malam tu. huhu. AF6-nubhan. AF7-akim. AF8-shahir :) and AF9-tak de peserta favourite. cuma sokong hazama je. tapi tak minat sangat pun walaupun time prelude AF4 dulu, memang sokong dia. huu~



memandangkan ni AF terakhir kan, saya expect konsert final ni gempak jugak la. tapi biasa je. hambar. walaupun ramai orang yang datang tengok, tapi tak ada sorakan kuat pun. tak macam AF sebelum ni. bila last last tu barulah dengar sikit sorakan. dah tu, sound system yang tak berapa ok. mungkin sebab konsert tu kat kawasan terbuka, bukan stadium tertutup kan.

pasal keputusan pulak, dah dijangka tempat keempat dimenangi oleh Azri. persembahan dia sangat biasa. tapi saya suka suara dia. huu~ tempat ketiga, fina. tak minat sangat dia ni. walaupun suara dia besar, tapi kadang kadang dengar dia nyanyi menjerit. bingit jadinya. tapi patutnya fina ni dapat naib juara la compared to lena. sebab lena tu biasa je. tapi nak buat macam mana. keputusan di tangan pengundi kan. huu~saya ni komen komen bukan undi pun. cakap je lebih. haha. xp..and juara AF9 tak lain tak bukan hazama. percubaan dia untuk masuk AF4 gagal, tapi disebabkan semangat dia tu, akhirnya dia dimasukkan dalam AF9 waktu ops gugur dulu.

oh, pasal hadiah, makin lama makin kurang kan. since musim berapa eh dah tak de hadiah rumah da. and musim 9 ni dah tak de hadiah kereta la. tak de sponsor agaknya. huu~

tak banyak nak komen pasal AF9 ni. lepas ni dah tak ada AF da. bagus jugak lah sebab lahir ramai bintang AF pun, tak ramai yang berjaya. ada yang tak dengar dengar dah nama. menghilang terus.

:: patutlah final buat hari ahad. rupanya sebab bola hari sabtu.


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.