Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


day 4: favourite book

Sunday, 17 July 2011 | 01:44:00 | 1 comment(s)

salam bloggers!

stop dulu pasal story ke paris. sambung balik dengan 30 days challenge yang masih lagi tak berhabis. saya baru buat 3, ada lagi 27. banyak lagi tu. huu~

day 4: my favourite book(s)
saya memang suka baca buku. banyak jugak koleksi buku yang saya simpan. kalau waktu kecil dulu, saya suka baca buku siri penyiasatan. korang pernah baca siri salma? saya suka sangat baca buku tu. banyak jugak yang saya beli. dah kata minat. buku tu masih lagi saya simpan. tapi tak baca dah.

bila dah meningkat remaja, saya lebih suka baca novel. ingat lagi, waktu darjah 6, saya tumpang baca novel yang kawan sekelas saya pinjam kat kawan dia. tajuk novel tu, meniti mimpi, karya Pitteriah Abdullah. saya cuma sempat baca 3 bab je. bila form 1, saya jumpa novel tu kat mph. terus minta mak saya belikan novel tu. and since that, minat saya terhadap novel bertambah. setiap tahun saya wajib beli novel. setiap kali pesta buku, saya mesti beli. cuma sekarang ni dah tak berkesempatan pergi. agak lama jugaklah saya tak pergi pesta buku. 3 tahun dah rasanya.

untuk menambahkan lagi koleksi novel saya, saya suka beli kat kedai buku kat jalan TAR. kat sana, murah tau. untuk novel, kita boleh dapat diskaun 20%. bukan senang nak jumpa kedai yang tawarkan diskaun banyak macam tu tau. huhu~

saya ni jenis memilih sikit. saya lebih suka baca novel alaf21. novel terbitan lain, saya tak beli. setakat ni, saya dah kumpul lebih 50 novel. tahun ni, saya kurang sikit beli. novel yang beli awal tahun ni pun, ada lagi satu yang belum baca. tak ada rasa nak baca novel baru. kalau boring, saya ulang baca balik novel lama.

antara novel yang saya ada

:: saya paling suka baca novel karya Damya Hanna, Anis Ayuni, Aleeya Aneessa. Aisya Sofea pun best jugak. peminat novel yang lain, korang pulak macam mana? :)



Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.