Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


percutian saya di kota paris (2)

Thursday, 14 July 2011 | 17:55:00 | 4 comment(s)

salam bloggers!

sambung balik dengan cerita percutian saya di Paris minggu lepas. sorry, saya memang jarang update. so, entry pasal ni banyak kali la tertangguh. saya ni dah tak rajin nak berblogging. bukan minat tu dah hilang. ada lagi. tapi tak sehangat dulu. huhu~

4/7/2011
disebabkan kakak saya turut serta dalam percutian ni, so senanglah sikit. dia dah biasa jalan jalan kat oversea ni kan. so, dialah yang bawa kitorang jalan jalan. tak adalah kitorang terperap dalam bilik tunggu ayah balik dulu baru berjalan. memang boringlah kan macam tu. apa guna bercuti, tapi tak berjalan sangat. huhu~

pagi lagi kitorang dah keluar. cadangnya kitorang nak pergi eiffel tower. but before tu, kakak saya bawa kitorang pergi flea market dulu. market ni ada jugak jual souvenirs, so mak saya pun setuju la pergi sana. boleh beli murah sikit. huhu~

keadaan di flea market.


mak dan kakak saya sedang sibuk memilih souvenirs. saya tukang ambil gmbr je. huhu~







lorong kecil yang menjual barang barang lama



eiffel tower, here we come ;)


eiffel tower dari jauh.

ramai yang beratur nak naik atas tu




cuaca panas. basahkan tekak dengan aiskrim dulu. mak saya punye strawberry+vanilla. saya punye pistachio+banana. saya punye flavour tak berapa sedap. huhu~

marry go round


kitorang je orang besar main benda tu. well, agak malu jugaklah. huhu~


me with my mum :)



kat sana pun ada beca tau


bergambar di atas jambatan


kakak saya yang suruh meniru gaya patung ni. kelakar jugak bila tengok balik. huhu~

dah habis melawat eiffel tower, singgah kejap kat kedai situ. cari souvenirs. waktu saya belek belek keychain kat situ, something unexpected berlaku. barang berharga saya hampir dicuri. saya tak perasan pencuri tu. kakak saya kata, ada dua orang yang mencurigakan berdekatan saya. diorang pura pura belek barang kat kedai tu. kakak saya perasan dia buka beg saya. nasib saya baik bila saya tergerak untuk bergerak ke bahagian lain. so, dia tak sempat nak ambil apa apa. kakak saya perasan tangan dia nak curi barang dalam beg saya tu. dah nampak macam tu, kakak saya ikut saya, tanya beg saya memang terbuka ke. dalam hati hanya Allah je yang tahu perasaan saya time tu. terkejut bila nampak beg dengan zip terbuka. dalam hati risau, janganlah ada yang kena curi. time tu saya macam blur, tak ingat apa ada dalam beg tu. nasib baik semua ada. bila pencuri tu nampak saya check beg, terus pencuri tu blah dari situ. memang saya terkejut sangat. saya tak pernah alami macam ni. saya dah macam nak menangis. lepas tu saya dah tak ada mood dah. dalam hati, saya nak balik terus. tak nak lama lama kat situ.


saja membelek magnet magnet kat situ. kat kedai ni lah barang saya hampir dicuri




banyak keychain yang cantik. 3 pcs = 10 euro

masanya untuk balik

dalam hati, memang saya dah marah sangat dengan orang romania yang nak curi tu. geram giler bila ingat balik. hari tu nasib saya agak baik. walaupun bernasib baik kali tu, tapi kali lain saya tak bernasib baik dah. sekali lagi, kejadian itu berulang lagi. saya story dalam entry yang lain okay.

:: next entry: bermain di disneyland

:: da lama tak buka nuffnang. tengok tengok, i've got 2 buffered earnings! macam tak percaya je. tak pernah dapat lagi weh. akhirnya setelah satu tahun lebih join nuffnang, saya berjaya dapat dua buffered earnings. =D


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.