Ka-ching Ka-ching! Hello There! Shout To Me No Harsh words allowed here. Thank You Big Thanks
|
percutian saya di kota paris (3) - berjalan jalan di disneyland
Monday, 18 July 2011 | 00:31:00 | 6 comment(s)
salam bloggers! sorry, lama pulak sambungan entry percutian ke paris ni nak siap. tak ada peluang nak update dan line streamyx yang jarang ok. gambar pulak banyak nak upload. terpaksa buat sikit demi sikit and akhirnya setelah beberapa hari, siap juga entry ni. entry ni mungkin lagi best daripada entry sebelumnya sebabnya kitorang berjalan dalam disneyland. bayaran tiket agak mahal la. tapi bukan senang nak pergi sini lagi. dah alang alang sampai paris, tak sah kalau tak singgah sini. walaupun mahal, kitorang amik jugak pakej untuk dua dua. macam tak puas je kalau nak masuk salah satu. huhu~ and nasib baik jugak ada discount untuk student. dapatlah jimat 21 euro kalau tak silap. discount tu untuk akak saya je la. akak saya lupa nak suruh saya apply international card. kalau tak mesti dapat lebih discount. huhu~ 1st tempat yang kitorang masuk, walt disney studio. kitorang dalam tu dari pukul 1230 pm jam sana means waktu malaysia waktu tu pukul 630 pm. mula mula, kitorang masuk studio. dah tonton cerita pendek, kitorang naik tren nak tengok kisah di sebalik cerita walt disney ni. lepas tu ingat nak main permainan kat situ. tapi panjang sangat beratur. memang lama la kena tunggu. tak jadi. dalam tu, bergambar je la banyak. and kalau korang tengok, gambar saya yang paling banyak an. huhu~ dah penat pusing dalam tu, kitorang rehat jap. terasa dahaga, makan aiskrim kejap. ayah saya, pakcik ali dah macam penat. so, saya dan akak saya nak jalan sendiri. promise jumpa balik 345pm. kitorang tengok walt disney playhouse sampai 340 pm lepas tu terus masuk macam cinema jugaklah. nak tengok cerita walt disney 45 minit. tapi kitorang tak bagitahu ayah pun. habis je, tengok tengok mak cakap ayah cari kitorang. mak kata ayah risau takut kitorang hilang. lagi lagi saya lah sebab hp saya bila sampai paris je terus rosak. kitorang nak tergelak lah. ayah masih lagi treat kitorang macam small kids. huhu~ memang dah penat dah jalan dalam tu. sebelum masuk disneyland park, kitorang masuk kedai disney dulu beli baju. sambil tunggu ayah habis conference, kitorang bergambar dulu. kedai belakang tu jual beg. cantik tau, tapi mahal harganya. kalau ada scene air, macam ni lah yang production walt disney buat. real tau. sampai kitorang dalam train tu pun kena percikan air. huhu. pukul 5 lebih baru kitorang masuk disneyland park. kaki memang tak larat dah nak jalan. tapi paksa jugaklah. banyak lagi tempat dalam tu kitorang tak terokai lagi. huhu~ dalam tu, kitorang hanya masuk it's a small world je. naik bot, boleh lihat patung patung bergerak yang menggambarkan masyarakat pelbagai negara. teringin nak naik marry go round lagi sekali, naik dumbo, tapi bila tengok ramai sangat beratur, dan kaki pun memang tak larat sangat nak jalan, and ayah pun dah bising, so jalan je dalam tu until 7pm. lepas tu, kitorang terus balik. sampai hotel dalam 8pm lebih. sampai je, mak terus masak nasi. and makan lepas tu. malam tu, semua orang dapat tidur kecuali saya. maklumlah saya ni memang susah nak tidur malam. tengoklah, entry ni pun dibuat pada pukul 4 pagi. rasanya subuh baru boleh tidur kot. huhu~ :: puas jugak walaupun tak dapat main semua benda dalam tu. 7 jam dalam tu je dah buat kaki tak larat nak jalan. esoknya, memang betul betul tak larat. sakit kaki ni. tapi banyak lagi tempat nak pergi. so, paksakan jugaklah diri tu. huhu. sambungan cerita ni dalam entry yang lain okay. :)
|