Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


percutian saya di kota paris (4)

Saturday, 23 July 2011 | 00:21:00 | 0 comment(s)

salam bloggers!

dah dua minggu balik dari paris, tapi entry masih separuh jalan. ada lagi sambungan entry yang entah bila nak update. mungkin lepas entry ni, ada lagi satu kot. kalau ni tak panjang sangat lah.

6/7/2011
bangun pagi tu dengan rasa tak larat. kaki masih lagi rasa sakit. maklumlah, satu hari berjalan je. first sekali, kitorang pergi kilang coklat, choco-story. tapi tak nampak macam kilang pun sebab kilang ni macam kedai. mood nak berjalan hari tu agak kurang sikit sebab saya tak selesa, macam rasa loya, perut rasa sebu, macam nak muntah pun ada. memang rasa macam lepas pergi kilang coklat tu nak balik je. balik sorang pun tak pe asalkan akak saya bagitahu cara nak balik. lagipun bila terkenangkan kejadian purse saya hampir dicuri di eiffel tower buat saya macam fobia nak pergi sana. takut kejadian yang sama berulang lagi. dalam kilang coklat tu, saya paksa diri jugak walk around, baca info pasal coklat. and akhirnya bila dah habis lawat satu tempat tu, saya dah rasa selesa sikit. perut pun dah tak rasa sebu, so bolehlah sambung berjalan.

lepas beli coklat, kitorang pergi eiffel tower. untuk keselamatan, saya slingkan bag saya tu walaupun saya tak biasa buat macam tu. kali ni kitorang tengok eiffel tower dari tempat lain pulak. dah ambil gambar kat situ, kitorang pergi park belakang eiffel tower, merehatkan diri kejap. lega bila dapat duduk. huhu~ cuaca pulak tak panas, so apa lagi. memang sesuailah untuk bergambar kan.

tiba tiba, hujan rintik turun. tapi sekejap je. dah rasa agak lama duduk situ, kitorang pun blah la. kaki ni memang rasa malas nak jalan. tumit rasa sakit. singgah lagi beli cenderahati and terus balik. tapi balik sekejap je, hanya untuk solat dan rehat sekejap sebelum gerak pergi muzium. disebabkan malas, hanya akak saya je yang masuk muzium. mak dengan saya tunggu kat luar. lepas tu, kitorang jalan jalan. angin terlalu kuat, sejuk rasanya. tapi berbaloi bila dapat melihat keindahan waktu senja. kalau kaki tak sakit, mesti kitorang akan jalan situ sampai malam. kat sana, waktu malam cantik sebab banyak lampu.

sampai stesen dekat dengan hotel lebih kurang pukul 10 malam jam sana means kat malaysia dah pukul 4 pagi. kitorang tak makan makanan berat lagi selain dari sarapan. perut memang laparlah. singgah masuk kedai kebab and beli set burger. sampai bilik, ingatkan ayah dah lama balik and kelaparan sebab ayah lupa bawa kad bilik. so, kitorang fikir ayah tidur bilik pakcik ali je lah. tekaan meleset bila ayah balik lagi lambat and tak letih pun hari tu. dah la ayah tak makan nasi untuk lunch. ayah saya kalau tak makan nasi akan rasa lemah je. macam tak lengkaplah hari dia kalau tak ada nasi. tapi balik, tak rasa letih pun. bertenaga je. kalaulah ayah macam tu waktu pergi disneyland kan bagus. bolehlah lama lagi dalam tu. huhu.

kilang coklat

























otw nak pergi eiffel tower

wondering apa keistimewaan eiffel tower ni eh? tak ada apa-apa interesting pun. huu~

i'm touching the top of the eiffel tower.


membeli baju.

sitting at the park. lega, kaki ni dapat rehat jap. x)




my mum sedang buat budget ;)

senja, cantik kan? ^^

muzium.







berlatar belakangkan eye on paris. :)

okay, rasanya memang kena buat lagi satu entry. panjang rasanya ni. dah siap entry lagi satu, lengkaplah cerita percutian saya ke paris. nak tau cerita cerita sebelum ni, boleh klik link kat sidebar blog ni okay. :)

:: hari tu saya ada bagitahu dalam blog pasal saya dapat dua buffered untuk pertama kali. sekarang ni, salah satu dari buffered tu dah jadi metered. :)



Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish ❤ 2013.