Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


percutian saya di kota paris (5)

Sunday, 24 July 2011 | 20:43:00 | 0 comment(s)

salam bloggers!

ni last entry pasal percutian saya ke paris. da siap entry ni, lengkaplah 5 entry. patutnya semalam boleh siap, tapi rasa malas nak menaip tu ada. ingat nak taip hari ni la. tapi sekarang pun malas jugak. huhu~ tapi kalau asyik nak tangguh je, nanti entry ni terperap lama pulak. da tak seronok orang baca sebab kena tunggu next entry lama sangat.

7/7/2011
hari khamis. my sister akan balik semula ke warsaw since dia ada camping esoknya. so, pagi tu sebelum pergi airport, saya, mak dengan akak saya pergi somewhere dekat dengan kawasan muzium tu jugak kot. tak ingat la kat mana. huhu~ nak ambil gambar. lepas tu, kitorang terus bergegas pergi naik tren, gerak dengan ayah sekali. disebabkan ramai orang, tak nampak ayah. so, akak saya suruh je naik dulu. nanti ayah naiklah. dah tren gerak, nampak ayah tengah call. time tu rasa, mesti ayah marah. my sis tak dapat angkat call sebab tak ada kredit. ayah try call banyak kali lah. then call mak. last last, ayah naik tren seterusnya.

bila sampai airport, akak saya terus la pergi kaunter tiket. tu pasal nak cepat gerak tadi, takut tak sempat. dah selesai, nampak pulak ada seorang nenek tu, muka dia macam opah wah saya. dia duduk berdekatan kitorang. comelnya dia tau. senyum kat kitorang. bila nak pergi pun, babai kat kitorang.

bila kakyong nak check in luggage, ayah call. ayah sesat sebab salah masuk tren. landasan tu memang ada tren yang berbeza. after tren yang kitorang naik tadi tu, tren lepas tu menghala ke arah lain. tak pasal pasal ayah patah balik kot. kitorang ingat mungkin ayah tak sempat sampai kot. pukul 250 pm jam sana (kalau tak silap), ayah sampai. kesian pulak rasanya kat ayah.

lepas akak saya dah masuk, kitorang naik tren, turun kat tempat conference ayah tu. pakcik ali tunggu sana je. lepas tu pergi gallery la fayette, nak cari snickers yang adik saya pesan. susahnya nak cari yang cantik. last, jumpa jugak, and the price, whoah mahal okay. then kat luar tu ada gerai yang jual cenderahati, perfume, tie, macam macam lagi lah. beli tiga perfume. untuk saya, adik saya yang no 3 tu and kawan saya ni. i love the perfume, bau sedap. :). lepas tu balik. sampai bilik, mak saya kata rasa sunyi pulak akak saya tak ada. agaklah. huhu~

8/7/2011
hari jumaat. pagi tu, saya dengan mak jalan jalan area sekitar hotel tu. rupanya nak pergi la fayette tu, tak payah naik tren pun tak pe. kira dekat jugaklah dengan hotel kitorang. tembus masuk laluan tren, jalan sikit sampailah. kalau tahu, memang kitorang dah keluar dah ahad tu. pagi tu kitorang shopping banyak. masuk satu kedai, beli. masuk kedai lain, ada je baju cantik, beli. kat sana ada sale. so, kalau convert duit malaysia pun, lebih kurang je harga sini. kat la fayette tu, mak nak beli gelang swarovski tu, tapi ingat nak pergi dengan ayah je nanti.

balik bilik dulu, tunggu ayah. nanti gerak samalah. botol perfume saya tu susah nak buka. so nak bawa pergi gerai tu balik. lepas tu, beli gelang mak. nampak ada satu beg ni cantik tau. tapi harga mahal sangat lah. 350 euro, ada discount 50%. kalau convert duit malaysia, adlah dalam RM600 lebih kot. tapi memang cantiklah. comel beg tu. saya ada ambil gambar beg tu. scroll down to see the picture.

lepas tu, naik tren turun kat stesen nak pergi eiffel tower tu. nak beli baju kat kedai situ. dah habis beli, tiba tiba mak perasan, zip depan beg mak terbuka sikit. terus terperasan, perfume saya yang letak dalam beg swarovski tu dah hilang. time tu memang panas sangat hati saya. pencuri tu dah curi barang saya. hari tu niat nak curi tak dapat sebab perasan. malang tak berbau, sekali lagi saya jadi mangsa. terpaksa sejukkan hati yang panas tu. sekurang kurangnya perfume tu yang hilang. kalau tak letak perfume dalam beg tu, confirm gelang yang lagi mahal harganya kena curi. mungkin memang dah nasib saya kan.

balik tu, ingat nak pergi balik gerai tu, tapi dah tutup. kat sana, pukul 7 malam dah tutup dah. sedihnya rasa sebab saya tak akan jumpa perfume tu dah. esok nak balik, gerak pagi. memang tak sempatlah. dalam perjalanan balik hotel tu, nampak je orang gipsi, memang saya marah sangat. diorang tu, tahu nak mencuri je. hati saya panas balik. saya jalan sorang sorang kat depan, tinggalkan diorang kat belakang. saya marah, nak menangis pun ada. huu~

9/7/2011
sabtu. sekejap je, seminggu dah berlalu. tak sedar langsung. tiba masanya untuk balik malaysia. check out pukul 830 pagi jam sana means 230 pm waktu malaysia. flight pukul 1200 pm. sampai airport, ayah nak belikan saya perfume gantikan balik pefume tu. tapi perfume yang saya suka tu tak ada. pilih perfume memang lama, sebab banyak yang tak sedpa. harga mahal, so ingat tak nak beli je. tapi dah ayah suruh beli, ambil je lah. lepas tu, bila pemeriksaan beg, terasa leceh sangat. diorang periksa habis habisan. lama pulak tu. rasa macam menyampah pun ada. leceh betul. ayah nak habiskan syiling, beli coklat kejap. then kitorang naik flight, tapi sekali lagi, flight delay setengah jam. dah lah time tu perasaan nak cepat tinggalkan paris. nak balik malaysia cepat. sangat rindu malaysia tambahan pulak kat paris, kena lalui pengalaman dicuri tu kan.

dalam flight, walaupun mengantuk, mata ni tetap tak nak tidur. flight pukul 6 pm waktu malaysia. sepanjang waktu tu, saya tak boleh tidur. saya tengok movie, dengar lagu. pukul 330 pagi, baru saya paksa mata ni tidur. itu pun setengah jam je. bangun, tidur balik, setengah jam lagi. adoi, apasal lah mata ni susah sangat nak lelap. kat malaysia macam tu, paris pun macam tu. sampai malaysia, pukul 630 pagi hari ahad. leganya berpijak di negara sendiri. memanglah negara lain cantik, best, tapi saya rasa saya lebih suka malaysia. lebih baik di negara sendiri kan ^^

sampai malaysia, baru tau pasal perhimpunan bersih hari semalam tu. nasib baik tak sampai 9hb kan. huu~ pergi ambil adik saya kat hostel dia jap sebab elektrik tak ada kat sekolah dia. sampai rumah 830 pagi, terus rebah atas katil. tidur lena sampai 230 petang. tu pun sebab mak kejut. kalau tak, entah pukul berapa bangun. huhu~










cantik kan beg ni? serius suka giler kot. tapi mahal.. -_-




pak cik ali belikan baju untuk anak lelaki dia. oh, salesman yang pakai baju purple tu hensem ^^



dua trolley ni barang kitorang je. beg tu penuh sampai tak muat. huhu~


tak perlu beratur panjang kat kaunter ekonomi. kat business class pun boleh asalkan mesti ada yang naik business class la. >.<


habis dah semua entry pasal ke paris. nak baca yang lain, klik kat sidebar. okay. :)

:: tadi nampak tawaran kerja kosong kat guardian depan rumah. saya dah minta borang. nanti nak isi, and yeah, saya boleh mula kerja. ^^


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.