Ka-ching Ka-ching! Hello There! Shout To Me No Harsh words allowed here. Thank You Big Thanks
|
kenangan puasa 1
Monday, 15 August 2011 | 13:47:00 | 1 comment(s)
salam bloggers!
lama tak update kan. duduk rumah bukan buat apa pun, cuti panjang, tapi entry tak banyak pun. huhu. sorry la ye. macam biasa la. masalah saya, broadbnd tak tahu apa masalahnye. malas pulak nk call celcom tu. nanti, esok lusa telefon la kot. streamyx pulak lagi la. menyakitkan hati je. kakak saya de suruh ayah saya tukar, amik unifi. tapi rasanya tak tukar kot. sekali lagi saya update pasal ipad. huhu. kalau update pakai ipad ni, tak de gambar la ye. bukan boleh save gmbr pun. tak de tetikus nk tekan left click. huhu.
dah lama dah nak update entry ni. tapi line susah nk dapat. so saya tunggu dan tunggu. tapi dah lama sangat, blog ni kena update jugak an.
kenangan puasa. saya ada banyak kenangan puasa dari kecik sampai la umur nk masuk 21 ni. huhu. semua orang pun ada kenangan puasa. tak kan saya sorang je, ye tak? ^^
saya start belajar puasa waktu saya darjah satu. saya cuba puasa penuh satu hari. time tu nak hujung hujung ramadhan da kot. balik dari bazar ramadhan, tak sabar dah ni nak tunggu waktu berbuka. mak sibuk kat dapur, siapkan meja semua. tiba tiba an, saya turun bawah, buka peti ais, amik satu smarties, terus masuk mulut. tak ada orang perasan pun. time tu nak dekat dah waktu berbuka. tapi saya tak sabar nk makan kot, budak kecik an. huhu. bila waktu berbuka, mak ingat kan saya dah berjaya la puasa penuh hari tu. mak pun gembira la cakap kat saya yang saya dah puasa penuh satu hari. padahal saya dah batalkan puasa da. bila dah besar ni, fikir balik, terasa sayang pulak tak tunggu waktu berbuka. lagi sikit je kot, nak dekat dah tu. kalau tak, mesti saya dah puasa satu hari. huhu.
dulu bila kecik, saya selalu duduk depan tv tunggu siaran waktu berbuka dan imsak. lepas tu saya akan tengok jam, bila la boleh buka puasa ni. lamanya. setiap jam nak tengok. bila nak dekat waktu buka tu lagi lah tak sabar. huhu. bila balik dari sekolah petang, lagilah penat. lagi tak sabar nak tunggu waktu buka. seronok bila azan masuk awal. tapi kalau azan masuk lambat, tak tahan rasanye. asyik tengok jam je. huhu. bila tengok waktu berbuka negeri sabah, sarawak, cepatnya diorang berbuka. kenapa area semenanjung buka lambat. tapi bila tengok waktu imsak, awal giler. tu yang tak best tu. huhu. bila dah makin besar baru tahu, waktu sabah, sarawak lebih cepat dari semenanjung. patutlah waktu berbuka, waktu imsak diorang awal. huhu.
cerita lain update kemudian.
dah separuh ramadhan. de lagi separuh. mak kata baju raya dah siap. hari jumaat ni nak amik. tak sabar nk pakai baju raya! hehe. x)
|