Ka-ching Ka-ching! Hello There! Shout To Me No Harsh words allowed here. Thank You Big Thanks
|
raya raya raya~
Sunday, 4 September 2011 | 00:36:00 | 1 comment(s)
salam bloggers!
it's been a week tak update blog ni. today dah masuk 6 syawal. rasanye tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya kan? ^^
tak banyak cerita raya tahun ni. tak macam tahun tahun sebelum ni, lagi best. mungkin sebab saya dah besar kot. so, kemeriahan tu tak berapa terasa. lagi lagi bila saya cuti lama ni. tahun ni tak merasa puasa di kampus. lagu raya pun tak dengar. tiba tiba je puasa dah habis, raya pun tiba. cepat pulak rasa tahun ni. huu~ tahun ni beraya di taiping dulu then baru beraya kat kampung gajah. both my parents kat perak, so mudah la sikit.
tema raya tahun ni warna kelabu, hitam, putih. semua orang pakai warna kelabu except me and my sis. nevermind. hitam lagi cantik. huhu~ hidangan raya tahun ni mesti wajib ada nasi impit with kuah kacang. my favourite sejak kecil! :) tapi tak berapa nak favourite dah. dah dua tahun macam ni. kalau dulu, mesti tak pandang makanan lain. cuma makan nasi impit je. makan banyak sampai kenyang. tapi tahun ni, dah tak macam tu. hidangan utama mee soto. lain, ada lemang with rendang ayam. saya tak berapa suka makan lemang. dari dulu macam tu. kalau ada lemang, memang tak makan. kalau nak makan pun, cuma amik satu je. huhu~
seronok beraya di taiping sebab ada anis, adik saudara saya. lagi lagi sebab boleh buli dia. haha~ jahat tak? :D. 1st day, tak pergi raya mana mana. duduk rumah tuk je. petang tu kitorang pergi taman tasik taiping. our childhood favourite. dulu time kecil selalu pergi situ main gelongsor besar. bila dah besar ni tak main dah. ramai jugak orang kat situ. pergi sana sebab nak ambil gambar je. rasa macam comel je berbaju kurung kat sana. hehe~
tiba tiba lah kan, dah habis bergambar tu, saya perasan, my wedges punye tali tercabut. ok, rasa macam apa je. first day macam ni. and untuk pengetahuan korang, bukan sekali je benda ni berlaku. saya pernah alami 2 tahun lepas. raya kat taiping jugak, first day. waktu tu kat taiping sentral. sama jugak lah, tali kasut raya saya tercabut. time tu sedih betul. balik dari taman tasik tu, pergi beli gam gajah, malam tu jugak saya gam. esok dah boleh pakai dah :)
raya kedua pun biasa je. cuma beraya di rumah mak saudara saya and ikut ayah beraya kat rumah kawan dia kat kuala batas, pulau pinang. jalan agak jam. kitorang bertolak pukul 510 petang. sampai 730 malam. sepatutnya boleh sampai lebih awal dari tu, tapi terlajak sampai sempadan kedah sebab tak jumpa sign board nak pergi rumah kawan ayah tu. balik pukul 9 mlm. sampai rumah tuk pukul 11 mlm. rasa mengantuk dah. tapi disebabkan nak tolong anis buat homework dia, tidur lewat malam tu.
hari ketiga raya balik ke kampung gajah. kelam kabut dibuatnya sebab baru tahu yang kitorang akan gerak ramai ramai pergi ke teluk intan, ada kenduri kahwin. memang kena marah lah sebab lambat. time tu pulak mood tak berapa baik. memang emo habis lah. boleh pulak termenangis waktu makan. tak boleh nak tahan dah. emo betul~
raya keempat balik kl. tapi before tu singgah rumah pak unggai dengan rumah ayah we. then lepas ayah balik solat jumaat terus balik kl. and hari ni pun tak beraya ke mana mana. memang kira boring la tahun ni. huu~
kalau pasal duit raya, saya ni walaupun dah nak masuk 21 tahun, tapi perangai macam budak budak. excited nak dapat duit raya. tahun ni tak tahu dapat berapa, tak kira pun. kalau dulu, setiap kali dapat mesti kira. dah tu tulis dalam buku, list siapa bagi duit raya. huhu~ dah besar, tak adalah buat macam tu.
:: pelik bila blogspot dah berwajah baru. tp yang bestnya boleh upload gambar sekali gus. huhu~ tp kan, kenapa gambar jadi kecik? tak best.
:: btw, selamat hari raya, maaf zahir batin to all bloggers :) |