Story Begins Here
say(s) hello

Ka-ching Ka-ching!


Hello There!




👱🏻‍♀️ Nurul Aida
👀 27
👜 Accountant

👩🏻‍💻fb : Nurul Aida Mohd Noor
👩🏻‍💻twitter : aida_purplish
👩🏻‍💻instagram : _nurulaidaaa

Shout To Me

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.


Thank You



Big Thanks


Template By: Intan Aqilah
Basecodes By: Yaya
Re-Edit By: Aida Purplish


cara mengatasi kulit stress

Friday 28 May 2010 | 04:07:00 | 1 comment(s)

sambungan daripada entri kulit pon boleh stress

1. minyak
Ketahui berapa banyak minyak yang terdapat pada wajah supaya dapat mencari produk yang sesuai dengan jenis kulit. Untuk menghilangkan dan mengurangkan minyak pada wajah, korang boleh menggunakan pembersih lilin (biasanya di salon kecantikan), 'masker' anti minyak atau 'scrub' pembersih. Paling mudah, guna saja kertas minyak yang dijual di farmasi.

2. rosacea
Pilih rawatan tradisional yang mengandungi vitamin B untuk membantu menjaga keseimbangan sistem saraf. Hindari makanan yang boleh menyebabkan Rosacea tumbuh. Jauhi makanan yang bergoreng, susu dan makanan yang diawetkan (makanan dalam tin).

3. jerawat
Pilih pembersih wajah yang lembut untuk menghilangkan bakteria dan boleh merapatkan pori - pori kulit agar tidak terbuka. Hilangkan jerawat yang membengkak dengan ubat jerawat yang berbentuk gel. Hubungi doktor kulit untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

4. noda putih
Untuk perawatan pencerahan kulit, digalakkan memakai krim anti UV yang mengandungi vitamin C atau serum. Untuk hasil yang lebih berkesan, gunkan pembersih wajah yang juga boleh mencerahkan wajah.

5. terlalu sensitif
Gunakan pelembap khusus untuk kulit yang sensitif secara teratur agar kulit kembali normal. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, perlu berjumpa dengan doktor pakar kulit kerana ia mungkin memerlukan rawatan tambahan lain.

6. garis kedut
Guna produk perawatan kulit seperti krim malam yang mana berfungsi ketika tubuh dan kulit berehat. Lakuakan setiap hari. Krim anti pelembap anti kedut juga boleh membantu melambatkan proses kedutan. Merokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut terutama di sekitar mulut.

7. dehidrasi
Pilih produk rawatan seperti serum dehidrasi atau 'scrub' yang boleh melembapkan kulit. Sekiranya terasa kulit mula kering, jangan lupa minum air suam sekurang - kurangnya satu liter setiap hari.

**Hati - hati memilih produk untuk rawatan kulit. Kenali dulu jenis kulit sebelum menggunakan sesuatu produk. Lebih baik minta pandangan dan nasihat daripada pakar atau perunding kecanikan sebelum membeli produk yang ingin digunakan.


Older Post | Newer Post


All rights reserved ® aida purplish 2013.